Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sektor awam pergiat usaha kurangi pengeluaran karbon

Jul 13, 2021 | 05:30 AM



SEKTOR awam akan membuat perubahan besar dalam usahanya mencapai matlamat kemampanan dan rendah karbon - daripada meningkatkan penggunaan tenaga suria hingga mengurangkan penggunaan air dan tenaga demi mengurangkan pengeluaran karbon lima tahun sebelum matlamat seluruh negara.



Menjelang 2030, sektor awam akan meningkatkan penggunaan tenaga suria kepada 1.5 gigawatt-puncak, sama seperti menguasai lebih 260,000 isi rumah setahun.



Ini akan mencapai tiga perempat daripada sasaran suria 2 gigawatt-puncak negara ini menjelang 2030.



Untuk mengecapi usaha itu, panel suria akan dipasang di mana boleh di semua premis sektor awam.



Di samping itu, semua kereta pemerintah akan memanfaatkan tenaga lebih bersih menjelang 2035, lima tahun sebelum matlamat nasional pada 2040.



Mulai 2023, semua kereta baru pemerintah mesti mempunyai pengeluaran ekzos sifar.



Matlamat ini, antara lain, diumumkan Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu semalam, yang membentangkan pelbagai cara pemerintah akan menerajui usaha rendah karbon di bawah inisiatif GreenGov.SG.



Beliau berkata demikian semasa berucap di Forum Rakan bagi Sekitaran anjuran Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE).



Cik Fu telah mengumumkan di Parlimen pada Mac lalu bahawa sektor awam akan mengurangkan pengeluaran karbonnya terdahulu sebelum sasaran nasional.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >