Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sektor awam, swasta perlu kerjasama lebih rapat

Chun Sing: Penting bagi pertukaran maklumat, idea untuk S'pura berada di barisan depan kemajuan teknologi
Nov 21, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA memerlukan kerjasama lebih rapat antara pemerintah dan perusahaan untuk berada di barisan depan kemajuan teknologi, ujar Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.



Oleh itu, lebih ramai pegawai perkhidmatan awam perlu turun padang bekerjasama bersama sektor swasta lebih kerap agar sentiasa terdapat pertukaran maklumat dan idea antara dua sektor itu.



"Kedua-dua (sektor awam dan sektor swasta) harus bekerjasama supaya pasukan Team Singapore boleh berjaya. Kita akan berusaha lebih giat dan usaha ini juga telah pun mula dijalankan," ujarnya.



Encik Chan berkata sebuah masyarakat amalan (community of practice) juga perlu dibentuk, dengan idea, kemajuan teknologi dan proses terkini dalam industri dikongsi dengan penguasa pengawalan.



Kedua-duanya, industri dan penguasa pengawalan, juga harus sering berbincang dan menjalin hubungan saling percaya supaya langkah pengawalan dapat dijalankan dengan lebih tangkas.



"Apabila kita berjaya melakukan demikian, kita dapat memasarkan (produk) dengan lebih baik dan cepat berbanding yang lain.



"Inilah caranya Singapura dapat mengekalkan atau memperluas kelebihan daya saingnya," ujar Encik Chan, sambil menambah bahawa ini akan antara lain memberi keyakinan kepada ramai pihak yang mempunyai pembaharuan dari serata dunia untuk melabur di Singapura.



Pemerintah juga, tambah beliau, terus komited kepada ketelusan dan kebolehramalan pengawalannya.



Apabila dilakukan secara konsisten, ini akan memberi keyakinan kepada perusahaan dari segi daya maju produk mereka pada jangka masa panjang, ujar Encik Chan.



Beliau berkata demikian di majlis penyampaian Anugerah Panel Pro-Perusahaan (PEP)-Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) 2020 di bangunan The Treasury semalam.



Antara mereka yang diiktiraf semalam termasuk Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Masyarakat Bertindak Bagi Keusahawanan (ACE) dan Persatuan Syarikat Kecil dan Sederhana (ASME), yang menerima Anugerah Rakan Kerja Pro-Perusahaan.



Beberapa agensi pemerintah turut diiktiraf, termasuk Penguasa Kewangan Singapura (MAS), yang bekerjasama dengan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) untuk mewujudkan kod QR Singapura yang universal, SGQR, yang menyatukan skim pembayaran eletronik berbeza di bawah satu label.



Dalam ucapannya, Encik Chan juga menarik perhatian tentang perlunya usaha menjalani transformasi awal dan mempersiap diri bagi cabaran pada masa akan datang.



Beliau berkata ini sejajar dengan semangat Singapura sentiasa merubah diri, pengawalan serta cara perusahaan dikendali awal dan bukan ketika menghadapi tekanan apabila keadaan berubah.



Pengawalan harus dioptimumkan di peringkat sistem bagi membolehkan perusahaan baru dibentuk, menggalak pembaharuan dan membantu perusahaan itu berkembang, kata Encik Chan.



"Di Singapura, kita mahu pengawalan kita bersifat progresif, menjadi pemboleh dan perintis... dan dengan Covid-19, ini lebih-lebih lagi relevan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >