Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sektor kesihatan awam jadi pilihan bagi manfaat ilmu sains hayat

Jul 08, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN tidak berjaya mendapat jurusan universiti pilihan pertamanya selepas menduduki peperiksaan peringkat 'A', namun ia tidak menghambat Cik Nur Insyirah Nurazmi mengejar minatnya dan mencapai kecemerlangan di menara gading.



Cik Insyirah, 23 tahun, baru-baru ini telah meraih ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Hayat dengan Kepujian Tertinggi di Universiti Nasional Singapura (NUS), dengan minor dalam Kesihatan Awam.



"Saya sentiasa mempunyai minat dalam biologi. Sebelum saya menduduki peperiksaan peringkat 'A', saya mempunyai niat untuk masuk Sekolah Perubatan di NUS. Tetapi, memandangkan keputusan saya tidak memuaskan dan saya masih ingin memburu minat saya dalam biologi, saya mengambil jurusan sains hayat," kata alumni Maktab Rendah Raffles itu kepada Berita Harian.



"Walaupun ia aspek biologi yang berbeza, pada akhirnya, sebab saya minat kepada biologi, ia menjadi semula jadi untuk saya mengambil jurusan Sains Hayat."



Sepanjang empat tahun di NUS, minat beliau dalam biologi menyerlah.



Cik Insyirah berpeluang mengembangkan pengetahuannya dalam bidang itu di luar negara ketika beliau mengikuti program sekolah musim panas di King's College London untuk mempelajari Anatomi Manusia selama sebulan pada 2019.



Untuk projek tahun terakhirnya di NUS, beliau menghasilkan kajian mengenai vaksin denggi.



Meskipun pendidikan Sarjana Muda beliau lebih kepada aspek kajian, Cik Insyirah memiliki cita-cita untuk berkhidmat dalam sektor penjagaan kesihatan.



Beliau terdorong selepas mengambil beberapa modul jurusan Kesihatan Awam pada tahun pertamanya,



"Kesihatan Awam membolehkan saya menggunakan apa yang pelajari kepada dunia nyata... Saya fikir ia sangat dekat dan dapat melengkapi mata pelajaran utama saya, Sains Hayat," ujarnya.



Dua minggu lalu, Cik Insyirah memulakan tugasnya sebagai pegawai eksekutif di bawah jabatan tadbir urus klinikal di Hospital Tan Tock Seng secara sepenuh masa.



Selain minat kepada sains, beliau turut aktif dalam kegiatan luar kurikulum di NUS. Beliau menyertai Persatuan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Singapura (PMIUS).



Bersama PBMUKS, Cik Insyirah terlibat dalam satu program penglibatan masyarakat di luar negara, Project ASA Reach pada 2018.



Projek di Lombok, Indonesia, itu bertujuan mengendalikan usaha kemanusiaan dan pemuliharaan bagi penduduk di sana. Beliau turut memegang pelbagai jawatan dalam PMIUS, termasuk berkhidmat sebagai naib pengarah projek bagi sebuah projek yang mendekati dan membantu belia berisiko.



Anak bongsu daripada dua beradik itu juga menjadi ahli pertama dalam keluarganya untuk meraih segulung ijazah sarjana muda.



"Ibu bapa saya lebih ghairah tentang konvokesyen saya daripada saya. Mereka benar-benar bangga," kongsi Cik Insyirah, yang juga merasa lega setelah berjaya lulus pengajiannya di tengah-tengah mengharungi cabaran pandemik Covid-19.



Akibat sekatan koronavirus, konvokesyen di NUS, yang sering diadakan secara fizikal, dibawa ke dalam talian.



Cik Insyirah, yang juga penerima Anugerah Biasiswa Ekonomi Masa Depan Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) 2020, menambah beliau berazam melakar kerjaya dalam industri penjagaan kesihatan dan mahu melanjutkan pengajian Sarjana dalam Kesihatan Awam pada masa akan datang.




"Kesihatan Awam membolehkan saya menggunakan apa yang pelajari kepada dunia nyata... Saya fikir ia sangat dekat dan dapat melengkapi mata pelajaran utama saya, Sains Hayat."
- Cik Nur Insyirah Nurazmi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >