Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sektor kewangan mahu cipta 1,800 pekerjaan baru jelang Jun 2021: Tinjauan MAS

Nov 26, 2020 | 06:39 PM



INSTITUSI kewangan berharap untuk mencipta 1,800 pekerjaan baru dan 2,000 peluang latihan menjelang Jun tahun depan, menurut satu tinjauan.



Sekitar 880 jawatan itu adalah dalam sektor teknologi, termasuk jawatan seperti pembangun aplikasi, arkitek aplikasi dan penganalisis perniagaan.


Tinjauan itu, yang meninjau sekitar 30 institusi kewangan besar mengenai rancangan pengambilan kerja mereka selama 12 bulan dari Julai lalu, juga mendapati bahawa syarikat-syarikat itu mencari pekerja bagi jawatan asas seperti sokongan teknikal.


"Peranan ini rata-rata kurang rumit dan lebih berdasarkan peraturan," kata Encik Ravi Menon, pengarah urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), yang menjalankan tinjauan itu.


"Namun, gajinya lebih rendah daripada jawatan teknologi pertengahan dan lanjut dan tidak begitu menarik perhatian warga Singapura. Kami berharap lebih ramai penduduk setempat akan mengambil pekerjaan ini, walaupun gajinya lebih rendah, kerana ia juga menyediakan laluan menuju ke pekerjaan teknologi pertengahan, yang sedang mendapat permintaan," tambahnya.


Pekerjaan teknologi pertengahan termasuk pemaju aplikasi, penganalisis data dan pakar keselamatan siber.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >