Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sektor khidmat karyawan tawar 9,000 kerja, latihan

80% adalah bagi golongan PMET dengan kesan Covid-19 ke atas sektor tidak setara: Josephine Teo
Oct 02, 2020 | 05:30 AM



LEBIH 9,000 peluang pekerjaan dan latihan dalam sektor perkhidmatan karyawan telah ditawarkan oleh sekitar 1,500 syarikat sejak April tahun ini.



Sebanyak 80 peratus daripadanya adalah untuk jawatan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyan (PMET).



Sekitar 5,870 ditawarkan merupakan peluang pekerjaan, yang disokong di bawah Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) jika kriteria kelayakan dipenuhi.



Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo memberi perangkaan itu dalam satu taklimat media berikutan satu lawatan ke firma khidmat karyawan, PwC, semalam.



Peluang pekerjaan dan latihan yang ditawarkan di bawah sektor perkhidmatan karyawan termasuk bidang runding cara, pengiklanan dan pemasaran, rekaan, perakaunan, seni bina dan kejuruteraan.



Daripada jumlah itu, sekitar 2,070 adalah peluang pelatih dan bekerja sambil belajar dihoskan syarikat dan 1,080 tempat latihan dalam industri.



Sejauh ini, lebih 1,400 individu yang mencari pekerjaan telah ditempatkan bagi peluang pekerjaan tersebut.



Cik Teo menjelaskan kesan Covid-19 ke atas industri perkhidmatan karyawan tidak setara, dengan bidang seperti seni bina, kejuruteraan dan guaman menyaksikan kegiatan yang merosot berbanding bidang perakaunan.



"Syarikat seni bina dan kejuruteraan mencatatkan kegiatan yang merosot dengan mendadak kerana kebanyakan kerja binaan ditangguh semasa pemutus litar.



"Syarikat proses binaan dan penyelenggaraan juga mengurangkan operasi sekitar 60 hingga 70 peratus tetapi semakin pulih. Hingga 70 peratus firma guaman juga melaporkan kerja berkurangan," ujar beliau.



Namun, sektor perakaunan kurang terjejas kerana khidmat audit, perakaunan dan pencukaian masih diperlukan.



Khidmat runding cara, rekaan, pengiklanan dan pemasaran yang memiliki kepakaran digital juga masih ada permintaan disebabkan rentak pendigitalan lebih pantas ekoran Covid-19, ujarnya.



Khususnya dalam bidang runding cara, Cik Teo berkata permintaan semakin meningkat bagi kepakaran dalam teknologi dan keselamatan siber.



"Majikan menggajikan konsultan teknologi bagi memenuhi permintaan ini kini lebih menghargai kemahiran dalam bidang baru seperti teknologi pengawanan, keselamatan siber dan kecerdasan buatan (AI)," tambahnya.



Sehingga Jun lalu, sektor perkhidmatan karyawan menggajikan kira-kira 256,000 orang.



Cik Teo juga menggesa majikan agar menggajikan individu pertengahan kerjaya yang memiliki sikap kerja yang tepat meskipun kemahiran mereka bukanlah "padanan yang sempurna".



Katanya lagi, syarikat boleh merapatkan jurang dalam individu berpotensi dengan memanfaatkan program penukaran kerjaya seperti Program Penukaran Profesional (PCP) Tenaga Kerja Singapura (WSG) bagi Konsultan.



Permintaan bagi jawatan pengiklanan dan pemasaran seperti pakar strategi kandungan kekal "tinggi sedang syarikat berusaha lebih menonjol di kalangan pesaing mereka dalam ruang digital," jelas Cik Teo.



Dalam pada itu, Cik Teo berkata sambutan terhadap 9,000 peluang pekerjaan agak perlahan kerana majoriti adalah jawatan PMET, maka majikan mengambil masa untuk memilih calon.



"Ada jawatan ini baru muncul, jadi beri sedikit masa beberapa bulan lagi untuk diisi.



"Lagipun, lapan daripada 10 peranan ini untuk PMET, dan majikan tidak akan terburu-buru untuk mengisinya, mereka mahu mencari pekerja yang memiliki sikap yang tepat," tambahnya.



Turut menyertai lawatan itu ialah Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, serta Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Kewangan dan Pembangunan Negara, Cik Indranee Rajah.



Laporan lanjut: S'pura bina perjanjian ekonomi digital bantu karyawan ceburi pasaran luar




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >