Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sektor layanan pelanggan giat tarik pekerja sedang pelancong kembali ke SG

Aug 11, 2022 | 05:30 AM



HOTEL-HOTEL Singapura kini sedang berusaha mengisi ratusan pekerjaan kerana bilangan kakitangan sedia ada masih rendah jika dibandingkan dengan bilangan pelancong yang mengunjungi Singapura, terutama sekali dalam era pasca-pandemik.



Pengarah Eksekutif bagi Persatuan Hotel Singapura (SHA), Cik Margaret Heng berkata industri itu sudah lama berdepan dengan masalah kekurangan kakitangan dan masalah itu kini lebih meruncing.



Beliau menjelaskan kadar kakitangan bidang perhotelan di Singapura merosot dari 25 ke 35 peratus, dua tahun lalu, lapor The Business Times.



Bilangan pelawat semakin meningkat setiap bulan sejak Februari, lebih-lebih lagi sejak langkah keselamatan dilonggarkan pada 1 April lalu.



Pada bulan Jun, kadar pelawat yang tiba di Lapangan Terbang Changi naik mendadak dengan kadar 50 peratus lebih tinggi berbanding waktu sebelum pandemik dan sasaran akhir tahun dicapai lebih awal daripada jangkaan.



Jumlah kakitangan industri layanan pelanggan, bagaimanapun, masih berdepan dengan masalah.



"Tumpuan diberikan pada usaha mencari pekerja dalam bidang yang sedang kritikal dari segi tenaga pekerja dalam peranan yang berpangkat seperti pelayan dan pelayan, atendan bilik, penyambut tetamu dan tukang masak," kata Cik Heng.



Resorts World Sentosa (RWS) telah memulakan usaha pengambilan "dari sekarang hingga akhir tahun" untuk mengisi lebih daripada 1,500 jawatan di semua kawasan resort bersepadu.



Antara jawatan itu termasuk dalam sektor jualan dan pemasaran, MICE (mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran), tarikan, hotel, makanan dan minuman, kasino, teknologi maklumat, kewangan dan perakaunan, kata seorang jurucakap RWS.



Sementara itu, Marina Bay Sands (MBS) sedang berusaha mengisi 1,750 jawatan untuk memenuhi jangkaan peningkatan dalam pelancongan serta acara-acara, kata Encik Chan Yit Foon, naib presiden kanan sumber manusia.



Beliau menambah bahawa "kepantasan (mereka) beroperasi pada hari ini kembali ke tahap sebelum Covid".



Antara kerja kosong itu termasuk 450 jawatan untuk kasino, tambah Encik Chan lagi.



Selain jawatan korporat dan bidang perkhidmatan, MBS juga sedang mencari untuk mengisi peranan digital yang baru dicipta seperti pengurus projek digital, pereka bentuk 3D dan "pemasar neuro".



Peningkatan dalam pengambilan tenaga pekerja tetap dilakukan walaupun MBS mengekalkan hampir 10,000 tenaga kerjanya semasa pandemik.



Beliau enggan mengulas sama ada semua pekerja yang sebelum ini terjejas telah kembali pada peranan asal mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >