PENULARAN VIRUS WUHAN
Sektor pelancongan yang dijangka terjejas bersiap sedia buat perancangan
Jan 30, 2020 | 05:30 AM
SEKTOR pelancongan Singapura sedang bersiap-sedia untuk berdepan dengan kemungkinan krisis di tengah-tengah penularan virus Wuhan dan larangan ke atas kumpulan pelancongan dari China, sumber pelancong terbesar.
Perniagaan setempat kini membuat persiapan selepas Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing menarik perhatian bahawa sektor itu menjadi keprihatinan utama apabila menyentuh tentang kesan ekonomi.