Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sektor penerbangan boleh jangka gaji, prospek kerja lebih baik

May 08, 2022 | 05:30 AM



KAKITANGAN sektor penerbangan boleh menjangkakan gaji dan prospek kerja lebih baik dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang, apabila sektor itu kembali rancak, disokong pula dengan pelonggaran sekatan perjalanan global.



Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, berkongsi harapannya terhadap pemulihan berterusan sektor yang terjejas teruk itu sewaktu acara penghargaan Hari Pekerja untuk kakitangan penerbangan semalam.



Acara tersebut telah dianjurkan bersama oleh Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Rakan untuk Penerbangan (FFA).



Bercakap kepada media selepas acara berkenaan, yang diadakan di kantin pekerja penerbangan yang terletak di Lapangan Terbang Changi, Encik Ng berkata beliau gembira kerana sektor penerbangan telah kembali rancak dengan penerbangan pesawat memasuki negara ini dengan kerap selepas tempoh dua tahun yang tidak menentu.



Beliau juga berkata, pekerja penerbangan kini menghadapi "masalah gembira" yang timbul daripada pemulihan ini, kerana mereka terpaksa menghadapi banyak kerja di tengah-tengah kekurangan tenaga pekerja, yang dianggarkan akan mengambil masa tiga hingga enam bulan lagi untuk memulihkan sektor itu.



Encik Ng berkata: "(Apabila) kami menyambut kembali kepulangan para pekerja, saya rasa kami akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk perniagaan yang lebih baik, dan saya fikir masa depan sektor penerbangan akan menjadi lebih cerah."



Beliau turut berkongsi bahawa pelbagai program sokongan disediakan untuk membantu para pekerja dan meletakkan Singapura sebagai hab udara.



Sebagai contoh, kumpulan sokongan Masyarakat One AirHub, dibentuk pada Jun lalu, merupakan daya usaha yang disokong oleh 10 kesatuan yang membentuk kelompok penerbangan dan aeroangkasa NTUC.



Pada bulan yang sama ia ditubuhkan, kumpulan itu mengatur kutipan derma untuk memberikan kad pautan EZ bernilai $50 setiap satu kepada sekitar 1,000 pekerja barisan hadapan penerbangan - terutamanya pekerja yang terdedah seperti pekerja pembersihan dan pengendali troli.



"Kami ingin melakukan sesuatu yang kecil, (untuk) hanya...mengumpulkan beberapa beg cenderahati, (dan) beberapa aktiviti untuk membawa keceriaan kepada pekerja," kata pengasas bersama Friends For Aviation (FFA), Cik Angela Ng, yang juga seorang timbalan pengarah di bahagian industri penerbangan CAAS.



"Mereka mungkin tidak mendapat perhatian sepenuhnya, namun mereka sangat, sangat kritikal terhadap operasi lapangan terbang," tambahnya.



Cik Ng berkata kumpulan itu ingin terus membawa keceriaan kepada rakan-rakan pekerja lapangan terbang, walaupun ketika trafik udara menghampiri angka pra-Covid-19.



Dengan pembukaan semula sempadan Singapura kepada semua pengunjung yang divaksin mulai 1 April lalu, hab udara Singapura telah menyaksikan pemulihan yang agak ketara, dengan jumlah penumpang udara meningkat dua kali ganda daripada 18 peratus pada Mac 2022 kepada hampir 40 peatus pada akhir bulan lalu.



Turut hadir pada acara semalam adalah Menteri Negara Kanan (Pengangkutan) dan Timbalan Setiausaha Agung NTUC, Encik Chee Hong Tat; Pengerusi CAAS, Encik Edmund Cheng, serta ketua eksekutif Kumpulan Lapangan Terbang Changi, dnata, Sats dan Syarikat Kejuruteraan SIA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >