Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sektor pengurusan kemudahan kini berkembang, lebih dihargai

Jul 27, 2022 | 05:30 AM



SEKTOR pengurusan kemudahan dahulunya kurang dihargai, tetapi kini terdapat lebih banyak penghargaan diberikan bagi bidang itu.



Ini kerana ia dapat menjadi penggerak dalam mewujudkan tempat kerja yang lebih kondusif, cekap tenaga, memerlukan kurang tenaga kerja dan rendah kos, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.



Kemajuan teknologi membolehkan bangunan lebih bijak dan lebih hijau untuk dibangunkan, tetapi masyarakat pengurusan kemudahan perlu bekerjasama dan membuat transformasi bagi mengambil pendekatan lebih bersepadu terhadap penyampaian perkhidmatan dan pembangunan keupayaan.



Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, berkata demikian dalam ucapannya di acara Tempat Kerja Dunia Asia Pasifik 2022, yang diadakan di Marina Bay Sands semalam.



Menurutnya, mereka yang terlibat dalam sektor pengurusan kemudahan adalah kumpulan orang yang sangat penting di sebalik operasi harian sesebuah bangunan, tetapi mereka sering kurang dihargai.



Namun, keadaan semakin berubah dengan pengurusan kemudahan disifatkan sebagai pasaran yang berkembang sedang dunia kian menjadi bandaran, kata Encik Heng.



"Pasaran pengurusan kemudahan dijangka tumbuh hampir AS$2 trilion menjelang 2026, dengan kadar pertumbuhan tujuh hingga lapan peratus setahun. Trend serupa turut dijangkakan di Singapura," katanya.



Encik Heng berkata teknologi bangunan bijak akan mengubah bagaimana bangunan dikendalikan di masa akan datang.



Lebih banyak robot akan digunakan dalam bangunan bagi melakukan tugas yang sukar dan berulang.



Internet Benda (Internet of Things, atau IoT) pula membolehkan pemantauan jauh dan pengoptimuman operasi bangunan.



Tetapi untuk industri itu berkembang maju dan menarik bakat yang baik, Encik Heng berkata ia perlu berubah menjadi sebuah model pengurusan kemudahan bersepadu (IFM).



Apa yang diperlukan ialah sebuah model bersepadu di mana satu pasukan menyampaikan spektrum penuh perkhidmatan yang diselaraskan melalui satu wadah, katnaya.



"Hari ini, banyak pembekal perkhidmatan individu telah menawarkan tindanan teknologi bersepadu secara menegak. 'Keajaiban' di sebalik IFM adalah untuk membangunkan perisian tengah dan piawaian untuk disepadukan merentas tawaran yang berbeza.



"Kita juga boleh pergi lebih jauh, dengan menggabungkan penyediaan perkhidmatan pengurusan kemudahan merentas berbilang bangunan untuk mencapai skala, atau apa yang biasa dikenali sebagai AFM iaitu pengurusan kemudahan tergabung," kata Encik Heng.



Beliau menambah, bagi meraih manfaat IFM dan AFM, firma perlu melabur dalam keupayaan baru dan mengadakan perkongsian dengan pihak berkepentingan untuk mewujudkan piawaian bersama.



Cara pemikiran pemilik bangunan juga perlu diubah, kata Encik Heng, memandangkan pemerolehan perlu dirombak agar lebih memberat kepada hasil bagi memberi ruang kepada fleksibiliti untuk inovasi, tempoh kontrak yang lebih lama untuk membolehkan pelaburan modal yang lebih mendalam, dan pengiktirafan mutu yang lebih tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >