Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sektor sekitaran binaan perlu tarik bakat, persiap pekerja bagi jalani transformasi

May 12, 2023 | 05:30 AM



MENARIK bakat, membentuk tenaga kerja yang bersedia pada masa hadapan selain menghasilkan suasana kerja yang selesa merupakan tiga bidang yang perlu dalam transformasi sektor Persekitaran Binaan (BE), kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Berucap di Sidang Puncak Penglibatan dan Pembangunan Kepimpinan (Lead) BuildSG 2023 pada Khamis, Encik Lee berkata salah satu cabaran utama dalam menarik bakat ke sektor tersebut adalah gaji dan "hal ini masih diuruskan".



Menurutnya, salah satu bahan penting dalam transformasi adalah kakitangan - tenaga kerja BE.



"Orang ramai fikir bahawa kerja binaan adalah kotor, bahaya dan banyak tekanan dan masih libatkan tugasan yang kebanyakannya manual.



"Padahal - anda semua mungkin tahu - banyak yang sudah berubah dan banyak yang akan berubah.



"Banyak lagi peluang kerjaya dalam sektor ini yang menarik dan mendapat keupayaan teknologi menerusi kitaran hidup bangunan," katanya sambil menambah bahawa kecerdasan buatan (AI), Internet dan teknologi berdasarkan awan banyak digunakan untuk kerja pengurusan kemudahan.



Berucap di hadapan 300 pemimpin BE di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands pada Khamis, Encik Lee berkata seperti sektor-sektor lain, pekerjaan dan kemahiran dalam sektor BE juga akan terus berubah.



"Ini bukan sekadar memaparkan satu peluang untuk menarik bakat baru, namun ia juga memerlukan pengurusan perubahan yang mencukupi, rekaan semula pekerjaan dan melengkapi semula kemahiran tenaga kerja masa kini," katanya.



Bagi membantu sektor tersebut melayari perubahan, Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) menjalankan satu kajian bersama firma Ernst and Young untuk memahami impak transformasi industri ke atas tenaga kerjanya.



"Kajian itu juga mengesahkan pendekatan kami terhadap pembelajaran berterusan memandangkan cara pekerjaan dalam sektor kami sedang berubah," tambahnya.



Kajian tersebut antara lain membentangkan lima saranan.



Ini termasuk mendorong pendakapan teknologi; industri maju memimpin rantaian nilai BE untuk memacu peningkatan kemahiran dan melaksanakan kemahiran Peta Transformasi Industri (ITM); mereka semula pekerjaan bagi mendorong transformasi tenaga kerja; meluaskan tarikan sektor BE dengan mengubah budaya dan amalan pekerja; dan menambah tumpuan ke atas rekaan, penyusunan dan pelaksanaan program yang menawarkan pendedahan dan pengalaman bagi tenaga kerja masa kini dan masa hadapan.



Menyentuh tentang suasana kerja yang selesa, Encik Lee berkata amalan Sumber Manusia (HR) yang baik dan memandang ke hadapan meyakinkan pekerja bahawa usaha mereka dihargai dan mereka disokong dalam kerjaya.



Ini amat penting kepada usaha mengekalkan pekerja, katanya.



"Saya gesa firma-firma dalam sektor kami untuk mengambil masa menyemak semula amalan HR anda.



"Lakukan sedemikian selaku ketua firma anda," katanya.




"Orang ramai fikir bahawa kerja binaan adalah kotor, bahaya dan banyak tekanan dan masih libatkan tugasan yang kebanyakannya manual.

Padahal - anda semua mungkin tahu - banyak yang sudah berubah dan banyak yang akan berubah.

Banyak lagi peluang kerjaya dalam sektor ini yang menarik dan mendapat keupayaan teknologi menerusi kitaran hidup bangunan."

- Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >