Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Sektor seni dan sukan akan terima lebih banyak bantuan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SUSULAN SEKATAN TERKINI COVID-19

Sektor seni dan sukan akan terima lebih banyak bantuan

May 16, 2021 | 05:30 AM

SEKTOR kesenian dan sukan akan menerima lebih banyak bantuan sedang sekatan diketatkan bagi membendung jangkitan Covid-19.

Antaranya, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) mengumumkan ia akan memberikan subsidi bagi kos ujian praacara (PET) bagi syarikat-syarikat kesenian dan budaya yang akan membuat persembahan secara 'live' dari hari ini hingga 13 Jun.

Sektor seni akan juga dapat memanfaatkan Pakej Keutuhan Seni dan Budaya, yang telah ditokok sejak setahun lalu kepada $75 juta, menurut kenyataan MCCY semalam.

Pakej itu memberikan geran, subsidi bagi menyewa tempat, bantuan bagi individu yang bekerja sendiri dan bantuan sokongan bagi merombak perniagaan.

Bagi sektor sukan pula, bantuan yang diumumkan Sport Singapore (SportsSG) yang sepatutnya berakhir pada 30 Mei ini, akan dilanjutkan sehingga 13 Jun.

Bantuan itu termasuk geran projek, geran bantuan latihan dan wang tunai bagi mereka yang terjejas.

SportsSG juga sedang merancang memperuntukkan lebih banyak ruang di luar bangunan dalam kemudahan ActiveSG bagi instruktor dan pembimbing sukan menjalankan kelas-kelas mereka.

Perincian bagaimana untuk bermohon mendapatkan ruang itu akan diumumkan kelak.

Di bawah perubahan Fasa Dua yang menjejas sektor MCCY, semua persembahan 'live' perlu ditunda.

Tetapi, persembahan yang telah dipromosikan sebelum 5 Mei dan dijadual dilaksanakan dari 8 Mei hingga 13 Jun boleh diteruskan dengan kelulusan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Rakaman penerbitan digital dihadkan kepada 15 anggota kru dan mereka yang membuat persembahan pada satu-satu masa. Semua penceramah, peserta dan instruktor dalam kelas, ceramah dan bengkel kesenian dan budaya perlu memakai pelitup pada setiap masa.

Kegiatan sukan di luar bangunan yang memerlukan individu tidak memakai pelitup, dihadkan kepada dua orang, termasuk instruktor.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Encik Edwin Tong akur bahawa sektor-sektor di bawah kementeriannya terjejas teruk dengan peraturan baru dalam Fasa Dua.

"Banyak perniagaan yang terjejas. Saya telah berbincang dengan rakan Kabinet mengenai apa yang boleh dilakukan bagi menangani kesan, mengurangkan kos dan membantu rakyat dalam tempoh ini,'' tambahnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3