Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sektor swasta boleh bantu pemerintah tawar khidmat digital terbaik

Dec 03, 2020 | 05:30 AM



PENGGUNA pada hari ini mahukan khidmat digital secara segera dan mengikut kehendak tersendiri.



Justeru, pemerintah perlu bekerjasama dengan sektor privet untuk melaksana huraian terbaik bagi memenuhi jangkaan ini, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak Vivian Balakrisnan.



Pendekatan ini turut membenarkan pemerintah menjadi sumber rujukan bagi syarikat privet yang ingin menjual khidmat mereka kepada sektor awam, membuka lebih banyak peluang bagi mereka, kata Dr Balakrisnan di Sidang Pemaju Stack 2020 yang dianjurkan secara maya oleh GovTech semalam.



Dr Balakrishnan memberi contoh dua inisiatif baru-baru ini untuk menunjukkan kerjasama sektor awam dengan sektor privet.



Ini termasuk usaha pemerintah mengalihkan sebahagian sistem teknologi maklumat (IT) ke khidmat keawanan komersial dan Portal Pembangun Pemerintah Singapura yang berkongsi maklumat penting tentang huraian teknologi pemerintah dengan pemaju sofwe supaya boleh terus diperhalusi.



"Kita sedang bekerjasama dengan penyedia utama (khidmat keawanan) - Amazon Web Services, Microsoft Azure dan Google Cloud Platform - untuk menghasilkan teknologi keawanan tercanggih dalam khidmat digital yang kita sediakan bagi rakyat," kata Dr Balakrishnan.



Mengulas peranan yang boleh dimainkan pemaju sofwe pula, Dr Balakrishnan berkata:



"Apa yang benar-benar kami harapkan ialah anda menggunakan alat ini untuk membina, menguji dan mempertingkat produk digital anda dan selanjutnya membuat usulan kepada kami.



"Jika produk tersebut berkesan, kami ingin melaksanakannya dalam kumpulan khidmat yang kami tawarkan (kepada rakyat)."



Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 2018 telah mengumumkan hasrat pemerintah untuk mengalihkan sebahagian sistem IT pemerintah ke khidmat keawanan komersial.



Lebih 150 sistem telah dipindahkan ke khidmat sedemikian sehingga Jun tahun ini, termasuk khidmat yang merangkumi pentadbiran cukai dan peperiksaan elektronik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >