Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sektor tenaga, kimia mesti lakukan perubahan: SM Tharman

Jul 24, 2022 | 05:30 AM



SEKTOR tenaga dan kimia mesti bersedia untuk melakukan perubahan asas kepada perniagaan dan pekerjaan mereka kerana perubahan iklim menjadi keutamaan dalam perancangan dan cita-cita, kata Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam kelmarin.



Mereka juga mesti bersiap sedia untuk era perubahan teknologi yang sengit, dengan pendigitalan mempengaruhi bukan sahaja perniagaan tetapi juga setiap pekerjaan individu, kata Encik Tharman, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial.



Bercakap pada majlis makan malam Ulang Tahun Ke-50 Kejuruteraan Rotary di Marina Bay Sands kelmarin, beliau berkata Singapura "memberi tumpuan sepenuhnya" kepada transformasi ini.



"Kami bercita-cita tinggi, tetapi kami berhasrat meningkatkan kemahiran dan terus mengubah seluruh tenaga kerja kami pada tahun-tahun akan datang," tambahnya.



Beliau memberi penghormatan kepada Kejuruteraan Rotary, yang menyediakan khidmat prasarana minyak dan gas, kerana keazaman dan keyakinan diri kepemimpinannya selama ini.



Syarikat itu telah mengambil langkah membina keupayaan baru untuk mengendalikan sumber tenaga baru, dan mencipta rangka kerja kemahiran yang diperlukan bagi kakitangannya.



Antara lain, Kejuruteraan Rotary telah melatih jurutera barunya untuk memikul lebih banyak tanggungjawab sebagai pengurus projek dengan bekerjasama dengan Pusat Kecemerlangan Negara untuk Pembelajaran Tempat Kerja di Institut Teknologi Singapura (SIT).



Lebih 140 jurutera telah mendapat manfaat daripada program itu, yang dijalankan dalam tempoh 15 bulan, sejak ia bermula pada 2020.



Pengerusi dan pengarah urusan Kumpulan Rotary, Encik Roger Chia Kim Piow menekankan keperluan untuk latihan berterusan bagi pekerja.



"Tenaga kerja mahir membawa kepada kualiti kerja yang lebih baik, tempat kerja yang lebih selamat dan daya penghasilan yang lebih baik," katanya.



Kejuruteraan Rotary dan SIT juga menandatangani memorandum persefahaman jangka panjang untuk memajukan kemahiran pelajar dalam sektor kimia dan tenaga.



Kerjasama itu akan dalam tiga bidang: pembangunan kurikulum, pengalaman kerja untuk pelajar SIT, dan peluang pekerjaan untuk graduan dalam Kejuruteraan Rotary.



Firma itu akan menyediakan kepakaran teknikal untuk membantu universiti membangunkan modul kurikulum baharu, seperti lukisan kejuruteraan dan proses keselamatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >