SEKUMPULAN badan bukan pemerintah (NGO) setempat yang bekerjasama buat kali pertama untuk mengemukakan laporan bersama berhubung diskriminasi jantina kepada jawatankuasa Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah membatalkan sidang media mereka pagi semalam.
Sidang media yang dibatalkan kira-kira tiga jam sebelumnya itu seharusnya mendedahkan perincian laporan yang bakal dikemukakan kepada Konvensyen PBB untuk Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).