Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Sekurang-kurangnya 11 orang hilang $53,000 kerana penipuan kerja melibatkan aplikasi palsu Shopee Pay

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Sekurang-kurangnya 11 orang hilang $53,000 kerana penipuan kerja melibatkan aplikasi palsu Shopee Pay

Jan 08, 2022 | 01:59 PM

SEKURANG-KURANGNYA 11 mangsa diperdaya sekitar $53,000 sejak Disember ekoran satu penipuan tawaran pekerjaan di media sosial.

Polis memberi amaran pada Jumaat (7 Januari) bahawa ini merupakan varian baru penipuan pekerjaan yang dikesan dengan mangsa diundang menyertai pekerjaan yang menawarkan bayaran komisen menerusi jualan produk pada aplikasi pindah alih yang palsu dan dikenali sebagai Shopee Pay.

Aplikasi ini tiada kaitan dengan platform e-dagang Shopee.

Mangsa biasanya diperkenalkan pada pekerjaan ini oleh teman mereka atau setelah dihubungi menerusi platform media sosial.

Mereka kemudian diarahkan untuk memuatturunkan aplikasi Shopee Pay menerusi laman web yang diberikan.

Bagi memenuhi ketetapan pekerjaan dan menjalankan pindah alih wang menerusi aplikasi palsu itu, mangsa diberitahu agar memasukkan wang ke dalam akaun Shopee Pay dengan membeli kriptowang dan memindahkannya kepada alamat dompet kriptowang yang tertera dalam aplikasi berkenaan.

Dalam beberapa hal tertentu, kriptowang ini akan dibeli menerusi transaksi teman kepada teman menerusi pemindahan bank atau PayNow, sebelum dipindahkan kepada dompet kriptowang si penipu.

Selepas transaksi itu selesai dibereskan, aplikasi palsu itu akan menunjukkan dana tersedia bagi pekerjaan itu.

Mangsa itu kemudian perlu meletakkan barangan dalam 'cart' masing-masing serta membayarnya dengan dana dalam akaun mereka

Mereka kemudian meraih komisen daripada menyelesaikan tempahan mereka yang akan dipapar dalam aplikasi itu.

Dalam beberapa hal, mangsa diberitahu bahawa Penguasa Kewangan Singapura telah membekukan akaun Shopee Pay mereka dan selanjutnya membiaya tokokan yang diperlukan untuk membebaskan dana daripada akaun mereka.

Mangsa penipuan ini selanjutnya mengetahui bahawa mereka ditipu apabila mereka tidak boleh mengeluarkan komisen yang tertera pada akaun Shopee Pay mereka.

Shopee telah mengesahkan bahawa platform beli-belah e-dagangnya tidak ada kena-mengena dengan aplikasi pindah alih Shopee Pay dan ciri-ciri e-dompet, ShopeePay, hanya boleh diakses menerusi aplikasi rasminya, kata polis.

Polis juga menasihati orang awam agar tidak menerima "tawaran pekerjaan yang mencurigakan serta menawarkan pulangan menguntungkan bagi usaha yang minimal", tidak memuatturunkan aplikasi daripada sumber yang tidak sahih dan tidak mengirim wang atau menjalankan transaksi dengan kriptowang bersama sesiapa yang tidak dikenali secara peribadi atau belum pernah ditemui.

Mereka yang mempunyai keterangan mengenai jenayah sebegini boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau kirimkan maklumat dalam talian ke laman beralamat https://www.police.gov.sg/iwitness. Mereka juga boleh hubungi 999 bagi mendapatkan segera bantuan polis. 

Untuk keterangan mengenai penipuan, orang awam boleh lungsuri laman beralamat  https://www.scamalert.sg atau hubungi talian hotline antipenipuan di 1800-722-6688.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3