Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekurang-kurangnya $1.2 juta hilang dalam kes penipuan samaran di Facebook

Nov 25, 2019 | 03:32 PM



MANGSA, yang selalunya warga tua, hilang sekurang-kurangnya $1.2 juta kepada skim penipuan samaran di Facebook pada sembilan bulan pertama tahun ini, kata polis hari ini (25 November).



Kes-kes selalunya melibatkan penipu menyamar menjadi keluarga atau rakan mangsa, yang kemudian menipu mangsa agar memberi butiran peribadi atau membuat pemindahan wang ke akaun lain. Mangsa selalunya diberitahu bahawa mereka akan menerima wang habuan yang lebih banyak kelak.



Sekurang-kurangnya 45 kes dilaporkan antara Januari dan September, kata polis, berbanding 42 kes Januari tahun lepas dan Februari tahun ini.



Mereka yang berumur 60 tahun ke atas lebih berkemungkinan ditipu, kata polis, dan menambah, “ini mungkin kerana mereka tidak tahu bahawa akaun Facebook mungkin digodam atau palsu”.



Untuk mengelak diri ditipu, polis menasihati orang awam agar hati-hati dengan permintaan yang pelik di media sosial atau pesanan, dan berwaspada apabila ditanya tentang duit atau butiran peribadi, seperti laluan-guna-sekali (OTP) yang mengesahkan pengalihan wang.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >