Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Setempat

Sekurang-kurangnya seorang mati dan seorang tercedera dalam kejadian kren runtuh di Novena

Nov 04, 2019 | 01:51 PM

SEORANG pekerja telah meninggal dunia setelah kren pembinaan runtuh di tapak pembinaan di Novena hari ini (4 November).

Lagi seorang pekerja dibawa ke Hospital Tan Tok Seng (TTSH).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata bahawa mereka menerima panggilan di tapak pembinaan di Jalan Tan Tok Seng sekitar 8.50 pagi.

“Menara kren telah runtuh di tapak pembinaan dan seorang lelaki disahkan mati oleh paramedik SCDF di tempat kejadian,” kata SCDF.

“Seorang lagi dibawa ke TTSH setelah kemalangan.”

Polis berkata pekerja berusia 28 tahun itu dijumpai tidak lagi sedar diri dan kemudian disahkan mati, dan seorang pekerja berusia 35 tahun yang sedar diri dibawa ke hospital.

Pekerja memberitahu The Straits Times (ST) bahawa mendiang seorang warga India manakala pekerja yang kakinya tercedera seorang Bangledeshi.

Kedua-dua pekerja dipercayai bekerja di bawah BHCC, sub-kontraktor projek tersebut.

Seorang penduduk yang tinggal berhampiran terdengar bunyi kuat sekitar 8.30 pagi dan ternampak seorang pengendali kren terperangkap di atas kren yang runtuh itu.
 

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian