Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sel militan rancang serang Singapura dari bukit di Batam

Sep 28, 2016 | 08:47 AM



JAKARTA: Maklumat baru mengenai rancangan melancarkan roket ke atas Marina Bay dari Batam menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai keupayaan sel pengganas di sebalik serangan yang telah digagalkan itu.



Ketua agensi penentangan pengganasan Indonesia, Badan Nasional Penanggulangan Terorisme (BNPT), Jeneral Suhardi Alius, berkata suspek merancang melancarkan serangan itu dari puncak sebuah bukit di Taman Habibie.



Taman semula jadi yang kurang diketahui itu terletak kira-kira 17 km dari pantai Singapura dan hanya lebih 18 km dari Marina Bay Sands.



"Memang benar mereka hanya melakukan tinjauan dan mengukur sudut dongak dari bukit Habibie ke Marina Bay, tetapi Bahrun Naim mempunyai rancangan menghantar teknisyen pakar membuat bahan letupan dan bersedia untuk menyerang," katanya pada Isnin (26 Sep).



Bahrun militan Indonesia yang dipercayai berada di Timur Tengah berjuang untuk kumpulan pengganasn Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



Taman Habibie sebuah taman semula jadi di barat daya Batam yang menghadap ke Selat Singapura pada titik tertingginya.



Penduduk tempatan yang biasa dengan bukit itu berkata pada hari cerah, mereka akan melawat puncak bukit itu bagi pemandangan jelas latar langit Singapura.



Terletak kira-kira setengah jam dari pusat bandar Batam, taman itu agak tersorok dan tidak ada rumah atau pondok sepanjang laluan dua kilometer dari jalan terdekat.



Taman itu dinamakan sempena mantan presiden Indonesia, Encik B.J. Habibie, yang pernah tinggal dekat situ. Beliau dikatakan menggunakan sebidang tanah d situ bagi landas helikopter apabila beliau berkunjung ke pulau itu.



Penganalisis berkata pembuat bom dalam rancangan Bahrun itu mungkin daripada pengikut setia ISIS daripada sel militan lain, terutamanya dari Tengah dan Jawa Barat, sarang kegiatan militan.



Bahrun pernah tinggal di Jawa Tengah. Begitu juga dalang pengganasan Indonesia, Abu Bakar Bashir. Jawa Barat pula bekas pangkalan pelampau Aman Abdurrahman dan empat lelaki yang melakukan serangan di Jakarta pada 14 Jan.



"Bahrun Naim orang yang melaksana arahan (pemimpin ISIS Abu Bakr) al-Baghdadi menjadi pelan tindakan di Indonesia," kata penganalisis pengganasan Mukti Ali, lapor akhbar The Straits Times pada 28 Sep.



Penyelidik daripada kumpulan pemikir Rumah Kitab, yang terlibat dalam usaha memulihkan pelampau di Indonesia, juga menyatakan Aman mungkin mempunyai pengaruh dalam rancangan pengganasan ke atas Singapura itu.



Satu bahagian penting dalam rancangan tersebut ialah roket dan apakah ia berdaya mencapai Singapura.



Berdasarkan kenyataan Jeneral Suhardi, yang bercakap dalam sesi dialog tertutup dengan editor dan wartawan kanan media tempatan di Jakarta, sel Batam itu belum mempunyai senjata mahupun kepakaran untuk melancarkan serangan, kata pemerhati.



Polis menahan enam anggota sel Batam itu sejak Ogos lalu. Mereka termasuk pemimpinnya, Gigih Rahmat Dewa, yang didakwa menjadi ketua dalam rancangan serangan roket oleh Bahrun itu.



Jeneral Suhardi berkata Bahrun menyelaras serangan tersebut menggunakan media sosial.



Gigih dan orang-orangnya sedang ditahan di Jakarta bagi siasatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >