Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: WARGA BERBAKTI

Selain beri rawatan alternatif, bayaran rendah di Sian Chay tarik pesakit

Jan 12, 2022 | 05:30 AM



Populariti perubatan tradisional Cina (TCM) semakin berkembang melangkaui warga emas pesakit Cina termasuk Melayu dan juga di kalangan anak muda Melayu. Malah, dengan institusi yang diluluskan Kementerian Kesihatan (MOH) seperti Institusi Perubatan Sian Chay, yang menyediakan perkhidmatan perundingan percuma, ramai yang beralih kepada TCM sebagai kaedah rawatan alternatif. Baru-baru ini, BERITA HARIAN bertemu dengan beberapa pesakit Melayu yang telah mendapatkan rawatan di TCM.



SETELAH lima percubaan prosedur inseminasi intrauterine (IUI), rawatan untuk membuatnya hamil, beliau mula terbuka untuk mencuba alternatif lain seperti perubatan tradisional Cina (TCM) selain perubatan Barat.



Cik Siti Amalina Mohd Salleh, 33 tahun, telah mengunjungi TCM Institusi Perubatan Sian Chay, di Marsiling Drive untuk rawatan kesuburan.



Menurutnya, rakannya telah mengesyorkan untuk mencuba alternatif TCM untuk rawatan kesuburan dan justeru setelah usahanya sekian lama dengan perubatan Barat dan juga perubatan tradisional Melayu, beliau kini mula terbuka untuk cuba mencari rawatan TCM yang sesuai.



Mujur, ibunya pernah mengunjungi Perubatan Institusi Sian Chay cawangan Marsiling Drive dan menyarankan Cik Amalina akan cawangan itu kerana harganya berpatutan dan juga terdapat pakar perubatan wanita.



Bermula rawatan sejak November, beliau telah ke TCM itu setiap minggu.



"Setelah memulakan rawatan ini, saya perhatikan bahawa sakit akibat senggugut semakin berkurangan ketika datang bulan. Itu satu perubahan baik bagi saya," jelas pekerja perkhidmatan awam itu apabila bertemu Berita Harian (BH) baru-baru ini.



Institusi Perubatan Sian Chay bermula di Singapura sejak 1901 sebagai sebuah agensi perkhidmatan sosial dengan sejarah lebih dari 100 tahun.



Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (MOH), Sian Chay menyediakan konsultasi TCM percuma, perubatan dan rawatan kos rendah kepada masyarakat tanpa mengira agama atau bangsa.



Bercakap dengan BH, pengerusi Institusi Perubatan Sian Chay, Encik Toh Soon Huat, berkata beliau gembira dapat melihat lebih ramai pesakit bukan Cina yang mengunjungi TCM.



"Dari setiap 100 orang, kira-kira enam peratus bukan bangsa Cina. Sasaran kami adalah untuk mencapai 10 peratus untuk semua cawangan kami," jelas beliau yang kemudian berkata kini terdapat 13 cawangan Institusi Perubatan Sian Chay di Singapura dan mereka akan membuka cawangan yang ke-14 akan datang di kawasan Redhill.



"Dengan ekonomi yang tidak menentu ini, kami menggalak lebih ramai penduduk Singapura mendapatkan rawatan di TCM kami kerana konsultasi percuma dan terdapat subsidi juga untuk warga emas dan bantuan untuk keluarga berpendapatan rendah,'' katanya lagi.



Encik Toh yang menjadi pengerusi di institusi itu sejak 2008 berkata institusi itu berbesar hati dapat menyediakan rawatan perubatan kos rendah terutama ketika pandemik ini.



Sementara itu, seorang lagi pesakit Institusi Perubatan Sian Chay, Cik Hamidah Abdul Hamid, 64 tahun, juga tertarik dengan kos rendah yang ditawarkan Institusi Perubatan Sian Chay.



"Kos rawatan termasuk ubat sangat berpatutan dan pekerja di sini semuanya ramah.



"Saya selalu galakkan rakan saya yang lain untuk cuba TCM ini kerana selain kos yang rendah, saya juga dapat lihat perubahan pada lutut kanan yang semakin pulih," cerita suri rumah itu.



Kos konsultasi dan rawatan di institusi itu berharga serendah $1.50 hingga $15.



Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, yang juga merupakan penasihat bagi Institusi Perubatan Sian Chay berkata:



"Kini ia amat penting untuk seluruh masyarakat bekerjasama semasa pandemik Covid-19 ini membantu mereka yang memerlukan. Bersama, kita kemudian dapat membuat kemajuan penting dalam membina masyarakat yang lebih kuat dan berdaya tahan.



"Saya berterima kasih kepada Sian Chay atas sumbangannya selama bertahun-tahun kepada masyarakat dan ingin melihat kerjasama kita berterusan untuk memberi khidmat kepada masyarakat keseluruhannya."




"Kini ia amat penting untuk seluruh masyarakat bekerjasama semasa pandemik Covid-19 ini membantu mereka yang memerlukan. Bersama, kita dapat membuat kemajuan penting dalam membina masyarakat yang lebih kuat dan berdaya tahan.



Saya berterima kasih kepada Sian Chay atas sumbangannya selama bertahun-tahun kepada masyarakat dan ingin melihat kerjasama kita berterusan untuk memberi khidmat kepada masyarakat keseluruhannya."
- Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.




INSTITUSI PERUBATAN SIAN CHAY



BERMULA SEJAK 1901, 13 CAWANGAN



Nilai Teras:



- Kemaafan



- Cinta Sejagat



- Belas Kasihan



- Kesyukuran



- Keberkatan



Kepercayaan:



Negara Berkembang, Keluarga Sejahtera; Keluarga Harmoni, Usaha yang Berjaya. Maju Bersama Negara, Ikatan bersama Rakyat.



Semangat:



Pegangan teguh kepada prinsip yang amanah, sikap, tindakan dan tingkah laku yang jujur adalah asas dalam amalan kebajikan.



Bayaran Perubatan



- Pengecualian penuh untuk Generasi Perintis.



- Jika di bawah skim bantuan kewangan pemerintah atau keluarga berpendapatan rendah, sila mohon untuk mengecualikan caj perubatan.



- Konsultasi percuma;



- Perubatan herba: $5-$8;



- Pil/ubatan: $1.50-$3;



- Akupunktur: $8 setiap sesi;



- Terapi urut Tuina: $10-$15 setiap sesi.



Sila ke laman sianchay.org.sg/en/ untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >