Selamat tinggal, Inuka

 

TAMAN Haiwan Singapura mengucapkan selamat tinggal kepada beruang kutub kesayangan negara, Inuka, pada sekitar 9.30 pagi tadi.

Ini setelah pemeriksaan kedua yang dilakukan awal pagi tadi mendapati keadaan kesihatan Inuka tidak menunjukkan sebarang tanda menjadi lebih baik sejak tiga minggu lalu meskipun telah menjalani rawatan intensif.

Pasukan rawatan Inuka yang terdiri dari doktor haiwan serta para penjaganya membuat keputusan bersama tidak menyedarkannya semula atas dasar ihsan dan kemanusiaan setelah Inuka diberi anestesia pada 7 pagi tadi.

Menurut Dr Cheng Wen-Haur, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Sains Hayat, yang ditemui media pagi tadi, luka dalam yang terdapat pada kaki serta badan Inuka semakin teruk dan tidak menunjukkan sebarang tanda pemulihan.

“Keputusan melepaskan Inuka dibuat dengan pengetahuan bahawa keadaan kesihatannya akan menjejas kebajikannya.

“Meskipun kami mahu terus menjaga Inuka… tanggungjawab kami adalah pada kebajikannya,” kata beliau.

Inuka, yang dilahirkan pada 26 Disember 1990 di Taman Haiwan Singapura, dan kini berusia 27 tahun, merupakan beruang kutub pertama yang dilahirkan dalam persekitaran tropika.

Dari segi usia manusia, Inuka berusia sekitar 70 tahun.

Pada usianya sekarang, Inuka telah melebihi jangka hayat beruang kutub di bawah jagaan manusia iaitu secara purata 25 tahun.

Dalam tempoh tiga bulan lalu, tahap aktiviti Inuka berkurangan dan ia sering berehat.

Inuka dikelilingi doktor haiwan dan para penjaganya di saat ia menghembuskan nafas terakhir dengan tenang.

Waktu Solat

Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
3 HR PSI: 33
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.