Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Selamat ulang tahun Singapura! 5 tarikan yang anda boleh jangkakan semasa NDP tahun ini

Aug 09, 2019 | 04:05 PM



1. TARIKAN SEMASA ACARA PERBARISAN 

Kontinjen Kenderaan kembali ke Perbarisan Hari Kebangsaan tahun ini. 


Sebanyak 171 kenderaan bakal ditampilkan buat kali pertama dalam tempoh empat tahun. 


Antara kenderaan utama kontinjen tersebut termasuk kereta kebal pertempuran Leopard 2SG dan kenderaan Light Strike. 


Terdapat juga segmen yang memaparkan penghargaan terhadap anggota perkhidmatan Generasi Merdeka.


Kegemaran penonton, Red Lions, juga bakal mengagumkan penonton di Padang tahun ini, selepas gagal membuat penampilan akibat cuaca yang buruk pada 2015. 


Sembilan anggota payung terjun itu bakal terjun dari helikopter dari ketinggian 3,048 meter semasa segmen prolog dan akan berkumpul di udara untuk membentuk bulatan dengan memegang tangan. 


Perbarisan bermula 5.30 petang. 


2. TARIKAN SEMASA PERTUNJUKAN 


Pertunjukan tahun ini akan dibahagikan kepada enam babap yang bermula dengan meraikan 200 tahun Singapura. 


Lapan kereta berhias yang mengetengahkan institusi utama Singapura pada abad ke-19, termasuk Hospital Besar Singapura (SGH) dan SingPost, akan bergerak di Padang dalam bahagian Bicentennial Kita.


Selain itu, persembahan tarian, pertunjukan laser dan prop gergasi akan diketengahkan dalam perbarisan tahun ini juga. 


NDP tahun ini juga akan memaparkan prop perbarisan terbesar- singa besi setinggi 6 meter dan seberat 1,000 kilogram. 


Singa ‘perak’ itu merupakan sebahagian daripada Babak kelima, berjudul Our Dreams. 


3.  PEMERIKSAAN KESELAMATAN DI PADANG 


Pemeriksaan akan dijalankan kepada semua yang akan memasuki Padang. Ini termasuk penggunaan pengesan logam dan x-ray. 


Mereka yang akan menonton pada 9 Ogos diingatkan supaya tidak membawa barangan terlarang seperti gunting, untuk masuk ke Padang. 


4. TEMPAT UNTUK TONTON BUNGA API 





Pertunjukan bunga api akan diadakan dari tiga lokasi tahun ini- termasuk Sungai Singapura buat kali pertama- untuk menyediakan lebih banyak peluang untuk orang ramai menyaksikannya. 


Boat Quay, Merlion Park, The Promontory @ Marina Bay dan Jambatan Helix menawarkan pandangan pertunjukan bunga api yang menarik, tapi anda harus ke sana awal! 


5. SAMBUTAN DI KAWASAN PERUMAHAN


Pertubuhan akar umbi akan mengadakan majlis Hari Kebangsaan mereka sendiri. 


Contohnya, di kawasan barat Singapura, sambutan akan bermula sekitar 7 pagi di mana lebih 4,000 penduduk Yew Tee dan Limbang akan berjalan atau berlari di sekitar kawasan Pang Sua. 


Acara tersebut akan berakhir di Gain City Megastore di Sungei Kadut, di mana berlangsungnya sebuah karnival dengan gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman serta menyediakan pelbagai permainan. 


Sebuah karnival serupa juga akan diadakan di Padang Farrer Park.


Mereka yang gagal mendapatkan tiket untuk menonton NDP di Padang berpeluang menyaksikannya di skrin gergasi di beberapa lokasi termasuk di Marina Barrage, Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, Muzium Nasional dan Tampines Hab Kita. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >