APABILA mendapat tahu bahawa seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun tercekik makanan dalam bilik, Encik Mohamed Fairoz Mohamed Salahuddin tidak membuang masa lagi.
Penolong Pengurus Pelayan Tetamu Khas Crockfords Tower Resorts World Sentosa (RWS) itu, yang terlatih dalam bantuan kecemasan, sedar setiap detik genting buat kanak-kanak tersebut.