Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:32
Maghrib
7:16
Isyak
8:28

Selami pengalaman anak-anak pesalah dadah menerusi karya seni

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Selami pengalaman anak-anak pesalah dadah menerusi karya seni

Apr 07, 2022 | 05:30 AM

SELAMI dan ketahui kisah-kisah pengalaman yang dilalui anak-anak pesalah dadah menerusi karya seni yang dihasilkan mereka.

Antaranya termasuk kisah seorang anak kepada pesalah dadah, Nisa (bukan nama sebenar) yang menjadikan seni sebagai saluran bagi meluahkan apa yang tersirat di dalam hati.

Sejak masih bayi lagi, pelajar berusia 14 tahun itu telah dibesarkan oleh datuk dan neneknya selepas kedua ibu bapanya dipenjarakan atas kesalahan yang berkaitan dengan dadah.

Orang ramai sekali lagi berpeluang untuk melihat dan menghayati sebanyak 65 karya seni seramik ini yang bertajuk 'Rindu' di pameran Project Dedicates sepanjang hujung minggu ini.

'Rindu', yang merupakan sebuah inisiatif yang diusahakan bersama Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) dan Ray of Hope (ROH), mula mendapat perhatian apabila ia dipamerkan buat julung-julung kalinya di Galeri Nasional Singapura pada Disember lalu.

Kali ini, HGEF dan ROH bekerjasama dengan fit.bloc - sebuah gim kecergasan yang menawarkan kegiatan panjat tembok - untuk membawa karya ini ke hadapan sekali lagi agar dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang sokongan yang boleh diberikan kepada kanak-kanak ini yang menjalani hidup dengan penuh keperitan dalam diam disebabkan tindakan ibu bapa mereka.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada kempen yang bertemakan, 'Membina Semula Kehidupan Menerusi Pendidikan', yang diharap dapat membantu anak-anak kepada penagih atau bekas penagih dadah bagi tujuan meringankan beban kewangan pendidikan mereka.

Sejauh ini, HGEF telah mengumpulkan lebih daripada 50 peratus daripada sasaran $100,000 yang diharap dapat dikumpul menjelang akhir tahun ini.

Mereka yang berminat boleh menderma menerusi laman https://rayofhope.sg/campaign/hgef-rebuildinglives/.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3