Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Selami sejarah Islam di Festival Muslim S'pura anjuran Jamiyah

Feb 28, 2023 | 05:30 AM



PARA pengunjung ke Festival Muslim Singapura (SMF) berpeluang mengenali sejarah Islam melalui pengalaman realiti maya (VR) dan hologram.



Ia merupakan antara daya tarikan yang menanti pengunjung dalam pameran Islam yang ketiga dan terbesar anjuran Jamiyah Singapura yang akan diadakan dari 3 hingga 5 Mac ini



Ia diadakan dari 10 pagi hingga 10 malam di Singapore Expo Dewan 5.



Pengunjung boleh melihat pameran artifak kembara antarabangsa yang bertajuk Seerah, yang memberi peluang unik kepada pengunjung untuk melihat 18 pameran kecil berasingan.



Ini termasuk replika rumah Nabi Muhammad saw di Makkah dan tiga kiswah (kain yang digunakan untuk menyelimuti Kaabah) antaranya dari zaman Uthmaniyyah.



Dalam satu sidang media yang diadakan oleh Jamiyah pada Selasa, Presiden Jamiyah, Dr Mohd Hasbi Abu Bakar, berkata:



"SMF diadakan dengan objektif menambahkan kesefahaman dan berlagaan terhadap agama Islam dan cinta kita kepada Nabi Muhammad saw.



"Kami menggalakkan orang Islam dan juga yang bukan Islam untuk menyaksikan pameran ini. Ini adalah peluang yang baik bagi orang ramai melihat artifak-artifak kerana ia lebih menjimatkan jika berbanding ke negara lain untuk melihatnya secara berasingan."



Ini juga membolehkan pengunjung mengimbas kembali legasi atau warisan Nabi Muhammad saw dan menyaksikan sendiri secara dekat artifak-artifak replika seperti serban, tongkat dan anak panah milik Nabi.



Selain pameran artifak Seerah, pengunjung juga dapat mengalami pengalaman yang menyeluruh dan realistik semasa hayat Nabi Muhammad saw.



"Para penonton akan dibawa merentasi waktu untuk kembali ke suasana dunia Arab pada abad ketujuh, serta menyaksikan peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa hayat Nabi Muhammad saw, 1,400 tahun yang lalu. Dengan teknologi VR ini, mereka dapat merasakan seolah-olah mereka benar-benar hidup di dalam zaman Nabi, tanpa sempadan.



"Pengalaman yang mengujakan ini bakal membongkar adegan 360° yang menakjubkan dari setiap sudut eksplorasi dan imaginasi," ujar naib presiden 1 Jamiyah, Encik Jaffar Mydin.



Berita Harian difahamkan bahawa harga bagi pengalaman VR itu percuma bagi langganan Giro Jamiyah, dan tidak akan melebihi $25 bagi orang awam.



Antara lain, pengunjung juga akan dapat menikmati ciri hologram gambaran Kaabah.



Selain pameran artifak Islam, festival itu juga mengundang pensyarah setempat serta luar negara untuk mengongsi pandangan Islam seperti Sheikh Daood Butt dan Imam Dr Hamid Slimi dari Canada.



Dalam pada itu, pengunjung juga boleh menantikan persembahan khas oleh kumpulan nasyid Raihan dan penyanyi nasyid dari London, Iman Farrar, yang juga telah terlibat dalam festival itu sebelum ini.



Antara lain, persembahan setempat oleh kumpulan nasyid Al-Jawaher dan artis Hady Mirza juga boleh dinikmati.



Selain itu, festival tersebut juga merangkumi lebih 150 gerai makanan dan runcit yang akan disediakan.



Jamiyah menjangkakan hingga 50,000 pengunjung setempat dan luar negara bagi festival ini.



Untuk maklumat lanjut mengenai atur cara festival, sila kunjungi laman singaporemuslimfestival.com.




FESTIVAL MUSLIM SINGAPURA 2023



◆ Bila: 3 Mac hingga 5 Mac, 10 pagi hingga 10 malam.



◆ Mana: Singapore Expo Dewan 5



◆ Ciri-ciri utama di Pameran Artifak Kembara Antarabangsa, Seerah:



- Replika rumah Nabi Muhammad saw di Makkah



- Kiswah (kain yang digunakan untuk selimuti Kaabah) antaranya dari zaman Uthmaniyyah.



◆ Acara menarik yang lain:



- Pengalaman realiti maya (VR) yang membawa kembali kepada zaman Nabi Muhammad saw 1,400 tahun lalu.



- Ciri hologram Kaabah.



- Perkongsian pensyarah tersohor dari Canada; Sheikh Daood Butt dan Imam Dr Hamid Slimi.



- Persembahan kumpulan nasyid, Raihan, Al-Jawaher dan penyanyi nasyid dari London, Iman Farrer.



- Lebih 150 gerai runcit dan makanan disediakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >