Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Selepas atasi gangren, bersemangat bantu kurang upaya bersukan

Mar 13, 2022 | 05:30 AM

SELEPAS lebih daripada 10 pembedahan dalam tempoh tiga tahun, Encik Jasper Leong kini hanya mempunyai empat batang jari pada setiap tangannya dan turut menjalani amputasi di bawah lutut pada kedua-dua kakinya.

Encik Leong, 44 tahun, menghidap gangren, iaitu kematian tisu badan akibat kekurangan aliran darah atau jangkitan kuman yang serius. Gangren biasa menjejas bahagian lengan dan kaki, termasuk jari kaki dan tangan.

Namun begitu, penggemar sukan dan bekas guru pendidikan jasmani (PE) - yang dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU) pada April 2019 - memendam semangat untuk bangkit semula.

Encik Leong, yang kini bersama pasukan Sport Singapore (SportSG) bagi membantu golongan kurang upaya menikmati sukan, boleh melakukan senaman seperti berjoging dan mengangkat berat sehingga 40 kilogram.

Dengan menggunakan kaki prostetik, Encik Leong mengambil bahagian dalam sesi latihan berintensiti tinggi lima hari seminggu.

Berbekalkan sokongan kuat dari keluarga, rakan dan pasukan perubatan, dia kembali mendapatkan semula kekuatannya melalui fisioterapi dan terapi yang perlu diikutinya dengan rapi.

"Terdapat masa-masa saya berasa sedih," kata Encik Leong bapa dua anak itu ketika berkongsi tentang proses pemulihannya kepada The Straits Times (ST).

"Saya mengalami detik penafian, kemarahan, segala-galanya. Tetapi saya juga sedar bahawa saya telah mendapat kehidupan saya semula, saya tidak mati, dan saya masih di sini."

Kini bersama pasukan SportCares di SportSG sebagai pengurus kanan, Encik Leong berharap agar dapat menyumbang semula untuk membantu lebih ramai golongan kurang upaya sepertinya.

Dia juga berharap agar perjalanannya ini dapat memberikan inspirasi kepada mereka yang mengalami nasib sepertinya untuk melakukan yang sama, lebih-lebih lagi dengan pelancaran Akademi Sukan Para pada Khamis lalu, untuk menyediakan lebih banyak peluang kepada golongan kurang upaya berkecimpung dalam sukan pada tahap kompetitif.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3