Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Selepas hilang kerja, tingkat kemahiran IT melalui Skills Ignition SG

Feb 05, 2021 | 05:30 AM



APABILA diberhentikan daripada tugasnya di sebuah syarikat penganjur acara Mac lalu akibat pandemik Covid-19, Encik Muhammad Khairunnizam Lukman, 34 tahun, berasa tertekan kerana mendapati sukar mencari pekerjaan baru.



Akhirnya, bekas pekerja eksekutif penjualan itu memutuskan untuk menjalani latihan bagi meningkatkan kemahirannya dalam bidang teknologi maklumat (IT) memandangkan beliau mempunyai diploma dari Politeknik Singapura dalam bidang pengurusan perniagaan dan IT.



Bapa tiga orang anak itu terbaca mengenai program Skills Ignition SG di media sosial dan memutuskan untuk memohon.



Permohonannya berjaya dan beliau menjadi pelatih di Google dalam bidang teknologi perawanan (cloud technology).



Adik beliau, yang bekerja dalam bidang IT, memberi sokongan jitu atas keputusan beliau itu kerana berpendapat bahawa inilah masa yang paling sesuai menyertai bidang itu kerana ia menyediakan peluang pengembangan kerjaya yang baik.



"Program ini disokong oleh pemerintah, sekali gus membuat saya yakin bahawa inilah hala tuju yang ingin saya ikuti demi membangunkan kemahirannya dalam masa terdekat ini,'' katanya, yang telah mempelajari bidang baru seperti pemprograman komputer.



Seramai 1,650 orang telah diterima dalam program Skills Ignition SG selama enam bulan yang disediakan oleh Google hasil kerjasama dengan pemerintah.



Ia menyediakan program latihan dalam bidang pemasaran digital dan teknologi perawanan. Sebanyak 60 peratus dari peserta program tersebut berusia 40 tahun ke atas.



Sebanyak 170 peserta pula telah mendapat manfaat dari program sembilan bulan Skills Ignition SG dan telah mendapat pekerjaan.



Di bawah program Skills Ignition SG, pelatih akan menerima elaun latihan sebanyak $1,500 dan menerima sijil selepas tamat program di bawah latihan digital selama enam bulan.



Program peningkatan kemahiran bagi warga setempat dijangka terus menjadi tumpuan pemerintah dalam Belanjawan Negara tahun ini.



Encik Khairunnizam telah menjalani program latihan Skills Ignition SG sejak 15 September lalu dan dijangka tamat program pada Mac tahun ini.



"Nasihat saya pada mereka yang masih belum mendapat pekerjaan disebabkan wabak Covid-19 adalah untuk sentiasa berfikiran positif dan usah merasa bahawa diri sendiri sudah terlambat untuk pertingkat kemahiran diri,'' kata Encik Khairunnizam, yang berharap untuk menjadi seorang arkitek perawanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >