Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seludup kereta mewah terpakai: Suri rumah Singapura ditangkap di Johor

Jan 29, 2016 | 09:53 AM



JOHOR BARU: Seorang suri rumah warga Singapura ditahan oleh Jabatan Kastam Johor berhubung dakwaan penyeludupan kereta mewah terpakai dari Singapura.


Sebanyak 26 kereta bernilai RM2.9 juta ($980,000), termasuk cukai RM1.8 juta, dirampas.


Antara model kenderaan itu ialah Toyota Alphard, Mercedes Benz Brabus, Toyota Lexus, Honda Integra, Mazda 5, Toyota Estima dan Nissan Silvia, lapor akhbar The New Straits Times (NST).


Pengarah Kastam Negeri, Datuk Ramli Johari, berkata suspek ,yang berusia 20-an tahun, ditahan di rumahnya di Taman Laguna pada 20 Jan sekitar 3 petang.


Beliau berkata pegawai penguatkuasa daripada jabatan itu pada mulanya merampas tiga kereta mewah yang diletak di dalam kawasan rumah wanita tersebut.


"Kami telah memantau kes ini agak lama dan percaya suspek salah seorang dalang sindiket menjual kereta mewah terpakai dari Singapura," kata Datuk Ramli, dalam satu sidang media selepas menghadiri sambutan peringkat negeri Hari Kastam Antarabangsa di Johor pada i Khamis (28 Jan).


Menurut NST, pihak berkuasa juga sedang mencari suami wanita tersebut, seorang warga Malaysia syang bekerja di Singapura.


Datuk Ramli berkata 23 kenderaan berdaftar di Singapura turut dirampas selepas suspek mendedahkan ia diletakkan di taman itu.


"Permit kereta berdaftar di Singapura itu telah tamat tempoh dan ia seharus diskrap di Singapura," katanya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >