GEMPA DI SABAH
Seluruh negara berkabung peringati mangsa
Usaha mencari dua lagi yang hilang diteruskan
Jun 09, 2015 | 05:30 AM
BENDERA negara dikibarkan separuh tiang sebagai tanda perkabungan semalam bagi menghormati dan memperingati mangsa yang terkorban dalam gempa bumi Gunung Kinabalu di Sabah, Jumaat lalu.
Upacara bertafakur selama seminit turut diadakan di semua tempat pertandingan Sukan SEA semalam.