Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Semakan gaji pendidik prasekolah dijangka selesai, perubahan dilaksana tahun depan

Sep 14, 2022 | 05:30 AM



SATU semakan gaji bagi pendidik dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak yang sedang berlangsung kini dijangka selesai menjelang suku keempat tahun ini, dengan perubahan dijangka dilaksana mulai tahun depan.



Mendedahkan demikian semalam, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata semakan itu bertujuan mencapai keseimbangan antara memastikan gaji pendidik ini setara dengan sumbangan dan kemahiran profesional mereka serta memastikan ia cukup berdaya saing untuk menarik dan mengekalkan bakat dalam sektor tersebut.



Bulan lalu, Kementerian Pendidikan (MOE) mengumumkan kenaikan gaji antara 5 dengan 10 peratus bagi sekitar 35,000 guru, 1,600 pendidik bersekutu (AED) dan 800 guru prasekolah kementerian itu.



Menyusuli pengumuman itu, Encik Masagos berkata gaji guru prasekolah sedang disemak, menyifatkannya sebagai langkah penting untuk memastikan kebajikan guru-guru itu terpelihara agar mereka dapat terus menyumbang dengan lebih baik.



Menjawab pertanyaan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) tentang semakan gaji pendidik dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak itu di Parlimen semalam, Encik Masagos juga menarik perhatian bahawa Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (Ecda) sedang bekerjasama dengan prasekolah untuk memastikan kesejahteraan fizikal dan mental pendidik terjaga.



Selain semakan itu, sektor pendidikan awal kanak-kanak juga mempunyai peta hala tuju rangka kerja kemahiran dan pembangunan profesional berterusan.



Encik Masagos berkata laluan kerjaya telah diperluas agar pendidik boleh beraspirasi ke arah peranan lebih besar atau peranan baru.



Tambahnya, Ecda juga memberi tumpuan kepada kesejahteraan pendidik, antara lain menerusi usaha pendigitalan untuk membantu pendidik menguruskan kerja mereka dengan lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >