Subuh
5:45
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:25
Maghrib
7:13
Isyak
8:23

Semakan kategori COE dijangka sebabkan harga kereta elektrik turun

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Semakan kategori COE dijangka sebabkan harga kereta elektrik turun

Mar 30, 2022 | 05:30 AM

MULAI 6 Mei ini, harga beberapa kenderaan elektrik (EV) mungkin hampir $30,000 lebih murah daripada harga sekarang.

Kereta Nissan Leaf EV, yang kini disenaraikan pada harga $181,300 dengan sijil Hak Milik Kenderaan (COE) Kategori B, mungkin berharga sekitar $150,000 apabila ia dimasukkan ke dalam Kategori A, lapor The Straits Times (ST).

Ini akan merapatkan jurang dengan lebih banyak pilihan konvensional seperti Honda Civic dan Toyota Corolla Altis yang berharga sekitar $130,000 hingga $149,000 dengan COE.

Kriteria khusus EV baru bagi pengkategorian COE adalah antara langkah yang diumumkan di Parlimen untuk mempercepatkan usaha penggunaan EV di Singapura.

Sehingga hujung tahun lalu, terdapat 2,942 kereta elektrik penuh, yang membentuk hanya 0.45 peratus daripada jumlah kereta keseluruhan sebanyak 645,150.

Kategori A bagi kereta sehingga 1,600cc dan 130bhp akan terus digunakan bagi kereta dengan enjin pembakaran dalaman, yang termasuk petrol-hibrid.

Premium bagi COE Kategori A secara tradisionalnya lebih murah.

Sejauh ini tahun ini, jurang antara dua kategori kereta itu adalah daripada $19,000 hingga $30,000.

Menurut laporan ST, para pakar berkata semakan kepada sistem COE itu penting dan wajar bagi penggunaan EV di Singapura.

Pakar ekonomi pengangkutan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Profesor Madya Walter Theseira, berkata EV lazimnya tidak dibangunkan dengan mengambil kira kriteria kuasa Singapura.

Menaikkan had pengeluaran kuasa maksimum daripada 90kW kepada 110kW menjadikannya "cukup untuk dimuatkan dalam pasaran massa EV paling penting daripada pengeluar utama".

Encik Niels de Boer, pengarah program bagi huraian mobiliti masa depan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), berkata banyak negara telah menetapkan sasaran mobiliti bersih yang agresif untuk penggunaan EV.

Oleh itu, Singapura akan bersaing bagi bekalan EV dengan pasaran lebih besar, yang mungkin menerima keutamaan lebih tinggi dari pembuat kereta.

Encik de Boer juga berkata jenis EV yang sedia ada hari ini kebanyakannya disasarkan bagi peringkat atasan pasaran kereta.

"Saya percaya perubahan sebenar akan berlaku apabila terdapat pilihan EV lebih luas yang meliputi bajet dan ciri-ciri model volum hari ini," kata beliau.

Rakan kongsi dan ketua bersama pengangkutan awam global di KPMG di Singapura, Encik Satya Ramamurthy, meramalkan kos EV akan terus turun dalam tahun-tahun mendatang dengan kemajuan teknologi dan kecekapan perkilangan.

Namun, beliau menjangkakan penggunaan EV terhambat sehingga kesetaraan harga dicapai.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3