KARYAWAN, pengurus dan eksekutif (PME) dengan gaji lebih $4,500 sebulan tidak lama lagi mungkin diberi hak di bawah undang-undang bagi mendapatkan cuti umum, cuti sakit, dan gaji mereka dibayar tepat pada masanya, serta ganti rugi kerana pemecatan yang salah.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang mengkaji Akta Pekerjaan - undang-undang buruh utama Singapura - dan meminta orang ramai memberi maklum balas mengenai perubahan yang disarankan.