LANGKAH pemerintah menerima saranan Suruhanjaya Perlembagaan agar mengadakan peruntukan bagi presiden minoriti secara umumnya disambut baik masyarakat.
Menurut tinjauan Berita Minggu ke atas 50 individu Melayu daripada segenap lapisan umur baru-baru ini, 74 peratus daripada mereka berpendapat bahawa peruntukan sedemikian diperlukan, malah pelaksanaannya kini tepat pada masanya.