Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semakin ramai labur dalam Bon Simpanan Singapura (SSB)

Apr 21, 2016 | 09:00 AM



BILANGAN pelabur Bon Simpanan Singapura (SSB) yang bebas risiko melonjak sepanjang enam bulan lalu, dan sejumlah besar adalah pembeli sekuriti kali pertama.

Kira-kira 32,000 orang telah melabur $810 juta dalam SSB pada 1 Mac. Jumlah itu hampir dua kali ganda jumlah $413.16 juta daripada kira-kira 19,500 pemohon di pelancarannya pada September lalu.

Terdapat enam isu SSB, satu setiap bulan, sejak pelancarannya.

Sebahagian besar pelaburan itu datang daripada mereka yang berumur 49 ke atas, iaitu hampir separuh, atau 46 peratus.

Hampir dua daripada 10 pelabur adalah pemegang akaun baru Deposit Pusat (CDP), mencadangkan SSB adalah kali pertama mereka melabur dalam sekuriti.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengeluarkan maklumat terkini mengenai SSB itu pada Rabu (20 Apr).

Jumlah pelaburan yang diterima setakat ini jauh di bawah maksimum $4 bilion yang disediakan tahun ini.

Bagaimanapun, MAS menekankan SSB telah meningkatkan dengan ketara penyertaan pelabur runcit dalam pasaran bon Pemerintah Singapura.

SSB disasarkan pada pelabur runcit yang ingin faedah lebih tinggi daripada simpanan bank tetapi bimbang meletak simpanan mereka ke dalam risiko.

Dengan jumlah permohonan minimum $500, SSB boleh dibeli bahkan oleh pelabur yang mempunyai jumlah wang yang kecil untuk pelaburan. Malah, MAS berkata separuh, atau 49 peratus, daripada semua permohonan ialah bagi jumlah $10,000 ke bawah.

Sebanyak 13 peratus adalah pelabur muda berumur 18 hingga 30.

MAS berkata ini perkembangan menggalakkan memandangkan SSB bertujuan menjadi alat pelaburan jangka panjang, selamat dan fleksibel yang sesuai untuk pelabur baru.

Selaras dengan pulangan purata Sekuriti Pemerintah Singapura (SGS) 10 tahun yang sedang berkurangan, kadar faedah purata SSB pada kesemua enam isu lalu umumnya jatuh.

Kadar faedah purata enam isu pertama itu ialah 2.63 peratus, 2.78 peratus, 2.44 peratus, 2.5 peratus, 2.58 peratus dan 2.09 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >