Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semakin ramai pelajar ITE lulus kursus yang diikuti

Sep 28, 2015 | 11:32 AM



LEBIH ramai pelajar menamatkan kursus mereka di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).


Tahun lepas, 85 peratus pelajar lulus daripada ITE dengan sijil penuh dalam tempoh tiga tahun, meningkat daripada 78 peratus sedekad lalu.


Ketua Eksekutif ITE, Encik Bruce Poh, berkata institut itu berharap untuk menaikkan kadar kejayaan itu kepada 87 peratus tahun ini.


Dalam satu temu bual bersama akhbar The Straits Times, beliau berkata peningkatan itu hasil daripada beberapa faktor, melebihi usaha membantu pelajar dalam pelajaran.


"Ramai pelajar mempunyai isu sosio-emosi, sama ada daripada keluarga, atau mereka mungkin tidak menunjukkan prestasi baik di sekolah," katanya, sambil menambah ada mempunyai masalah harga diri.


Lebih ramai pelajar dapat mengatasi halangan kewangan, dengan bantuan dermasiswa daripada ITE, majlis pembangunan masyarakat (CDC) dan jawatankuasa perundingan rakyat (CCC) atau Kementerian Pelajaran (MOE).


Sekitar 52 peratus pelajar ITE penerima bantuan kewangan, meningkat daripada 43 peratus dari 2011 hingga 2013.


Tahun lepas, kira-kira 900 pelajar mendapat selaun sekali khas yang bertujuan membantu mereka mengatasi masalah kewangan jangka pendek, meningkat daripada 500 pada 2011.


ITE juga melancarkan inisiatif pada 2010 untuk memberi pelajar $150 setiap bulan untuk perbelanjaan seperti makanan dan pengangkutan. Lebih 1,200 pelajar memerlukan menerima dana ini setiap tahun.


Dari segi sosio-emosi, ITE kini menggajikan lebih ramai pegawai penjagaan pelajar yang memberi mereka kaunseling, daripada hanya empat pada 2006 kepada 14 sekarang.


Sejak tahun lalua, ia telah merekrut 11 ahli psikologi pendidikan dan pakar sokongan pembelajaran untuk menyokong pelajar yang mempunyai keperluan khas.


Sebahagian pensyarah membuat lawatan rumah secara tetap untuk mengetahui lebih lanjut mengenai latar belakang pelajar.


Encik Poh berkata pelajar juga mendapat rangsangan keyakinan apabila mereka boleh "mempamerkan bakat dan kepimpinan mereka" dalam kegiatan kokurikulum.


Bilangan kegiatan tersebut telah berkembang daripada 110 pada 2006 kepada lebih 250 tahun ini.


"Kejayaan kecil" ini menggalak mereka dan "membawa kepada kejayaan lebih besar", katanya.


Seorang pensyarah kanan dalam elektronik, Encik Kenny Tan, 47 tahun, yang telah berkhidmat bersama ITE selama 16 tahun, berkata imej awam mengenai institut itu bertambah baik sejak lima tahun lalu.


"Ini memberi pelajar lebih keyakinan, terutamanya apabila mereka datang ke kampus dan melihat persekitaran fizikal dan kemudahannya," ujarnya.


ITE juga merancang melakukan lebih banyak lagi untuk membantu pelajar paling lemah tinggal.


Mulai tahun lalu, ia menawarkan program lanjutan bagi pelajar yang menghadapi masalah menamatkan pengajian Nitec mereka dalam mada dua tahun.


Program itu memberi mereka satu tahun tambahan untuk memberi tumpuan pada kemahiran membaca dan mengira.


Sejak beberapa tahun kebelakangan, pensyarah ITE telah mula bekerjasama dengan beberapa sekolah untuk membantu pelajar yang mendapat keputusan lemah dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dengan menyediakan latihan kemahiran dan pensijilan dalam bidang hospitaliti dan khidmat mekanikal.


Sekolah-sekolah itu ialah tiga sekolah subsidiarinya - Sekolah Northlight, Sekolah Menengah Crest dan Sekolah Menengah Spectra - serta Sekolah Assumption Pathway.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >