Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NIAGA DI TENGAH-TENGAH COVID-19

Semakin ramai 'serbu' pusat beli-belah walau Covid-19 belum reda

Mar 11, 2020 | 05:30 AM



SEMAKIN ramai orang meneruskan kehidupan seharian mereka seperti biasa, termasuk mengunjungi pusat-pusat beli-belah di merata Singapura, meskipun wabak Covid-19 belum menunjukkan sebarang tanda akan reda.



Hujung minggu lalu, beratus pengunjung 'menyerbu' Isetan di pusat beli-belah Westgate yang mengadakan jualan murah, lapor The New Paper.



Salah seorang daripada mereka, Encik Bernard Seah, 65 tahun, berkata beliau sedikit risau melihat begitu ramai orang berkumpul.



"Saya cuba mengelak daripada berkumpul dengan orang ramai, tapi oleh sebab ada jualan murah, saya singgah sekejap.



"Virus itu macam tidak terlalu serius sekarang kerana kebanyakan kelompok telah dikenal pasti dan terkawal," katanya.



Seorang penyewa di Westgate, Encik Daniel Wei, 32 tahun, berkata beliau terfikir untuk menutup gerai makan Tempura Fiji beliau, tetapi kini berfikir dua kali selepas melihat lebih ramai pembeli pada hujung minggu lalu.



Di pusat beli-belah Jem bersebelahan Westgate pula, barisan orang beratur kelihatan di beberapa kedai.



Kata Cik Xela Suan, 32 tahun, yang bekerja di kedai menjual suplemen kesihatan Xndo:



"Ia seakan-akan virus itu tak ada hujung minggu ini. Saya rasa orang lebih selesa dengan situasinya sekarang."



Sementara itu, lapan daripada 10 pegerai di VivoCity melihat lebih banyak pengunjung ke pusat beli-belah itu hujung minggu lalu.



Laporan penganalisis yang diterbitkan bank DBS minggu lalu menunjukkan bahawa lebih banyak tempat digunakan di tempat meletak kereta di kawasan HarbourFront dan Orchard.



Ini berbeza daripada seminggu setelah Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) ditingkatkan kepada kod jingga pada 7 Februari lalu.



Tempat letak kereta di dua kawasan tersebut kosong sebanyak 50 hingga 70 peratus pada hujung minggu 15 Februari dan 21 Februari 2020.



Pada hujung minggu 29 Februari pula, tempat kosong di tempat meletak kereta di Orchard ialah sekitar 20 peratus.



Mengulas tentang hal tersebut, DBS berkata:



"Kebimbangan terhadap Covid-19 nampaknya semakin pudar di kalangan warga Singapura, dengan permintaan baik diperhatikan bagi penyewa makanan dan minuman di pusat beli-belah Orchard."



Di ION Orchard, beberapa peniaga berkata perniagaan mereka bertambah baik.



"Pada minggu pertama selepas Dorscon jingga, perniagaan sangat buruk, tapi hari ini nampaknya semakin baik.



"Ia bukan yang terbaik, tapi ia bertambah baik. Lebih ramai pelanggan, warga setempat terutamanya, membeli barang seperti baju, dan tidak hanya bersiar-siar," kata seorang pekerja di Uniqlo, Encik Shah Azlan, 26 tahun.



Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persatuan Peruncit Singapura, Cik Rose Tong, berkata:



"Peruncit ada mengatakan bahawa terdapat lebih ramai pengunjung di pusat beli-belah minggu lalu dan menganggapnya sebagai keyakinan orang ramai untuk keluar rumah.



"Namun, penjualan masih tidak begitu baik dan jauh di bawah jangkaan. Peruncit di pusat beli-belah yang bergantung pada pelancong terutamanya, sangat terjejas."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >