Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Semangat bantu NTU sebagai alumni tak luput di sebalik cabaran pandemik

Pengasas dan Pengarah Urusan Nan Guan Construction antara penerima Anugerah Nanyang Alumni atas usahanya bantu mahasiswa NTU
Nov 16, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN perniagaannya terjejas teruk semasa pandemik Covid-19 mula melanda, namun Encik Mohamed Abdul Akbar Mohamed Abdul Kader masih memikirkan akan kebajikan kakitangannya.



Beliau langsung tidak memberhentikan khidmat atau memotong gaji mereka sepanjang lapan bulan lamanya biarpun syarikat binaannya itu tidak meraih sebarang projek.



Dan kini dengan perniagaan kembali lebih rancak daripada yang dijangkakan, Encik Abdul Akbar, 61 tahun, kembali menyumbang khidmat dan tenaganya kepada alumni Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Khidmatnya sejak bertahun lamanya dengan alumni tersebut tidak dilupakan.



Pengasas dan Pengarah Urusan syarikat Nan Guan Construction Pte Ltd itu, yang merupakan lulusan Institut Teknologi Nanyang (NTI) pada 1986, mendapat pengiktirafan daripada NTU di atas sumbangannya selama ini kepada alumni tersebut.



Beliau merupakan antara 35 alumni yang menerima Anugerah Nanyang Alumni di satu majlis penyampaian Jumaat lalu.



"Anugerah ini bukan untuk saya seorang, tetapi untuk seluruh kakitangan alumni NTU.



"Kami bekerjasama dalam menyumbang kembali kepada universiti ini dalam pelbagai cara," katanya.



Antara lain Encik Abdul Akbar yang merupakan lulusan NTI - sebelum namanya diubah kepada NTU - dengan meraih Sarjana Muda Kejuruteraan Sivil dan Penstrukturan - telah membawa masuk beberapa mahasiswa dari NTU untuk bekerja sambil belajar di syarikatnya.



Syarikatnya yang ditubuhkan pada 1993 antara lain terlibat dalam sebahagian projek binaan di sini termasuk Masjid Mydin di Jalan Lapang, penggalian tanah perkuburan Bidadari, Muzium Tamadun Asia (ACM) dan beberapa padang golf di Sentosa.



Syarikatnya juga terlibat dalam beberapa projek binaan di Malaysia dan Indonesia, katanya.



Dalam ucapannya, tetamu terhormat di majlis tersebut, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata Encik Abdul Akbar telah menganggotai Majlis Alumni NTU sejak 2016.



"Awal tahun ini sebagai sebahagian daripada kempen 'We Belong' NTU yang menggalak usaha menyumbang semula kepada masyarakat menerusi kerja sukarela, beliau memimpin satu inisiatif untuk mendermakan 800 komputer riba kepada golongan memerlukan," kata Encik Masagos.



Mengenang semula kisah lama semasa menjadi lulusan NTI, Encik Abdul Akbar berkata:



"Kakitangan akademik dan sokongan universiti ini memang hebat dan berdedikasi yang menunjukkan bahawa dalam pendidikan, anda perlukan seluruh 'kampung' untuk memberi galakan kepada anda."



Selain Encik Abdul Akbar penerima lain termasuk Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar), Cik Sim Ann.




"Anugerah ini bukan untuk saya seorang, tetapi untuk seluruh kakitangan alumni NTU. Kami bekerjasama dalam menyumbang kembali kepada universiti ini dalam pelbagai cara."



- Encik Mohamed Abdul Akbar Mohamed Abdul Kader.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >