Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Semangat baru' Aisyah tempuhi cabaran

Aug 21, 2021 | 05:30 AM



"DENGAN semangat yang baru."



Itulah bait senikata lagu kebangsaan Singapura yang memberinya inspirasi untuk menggubah lagunya sendiri berjudul Spirits Anew untuk lagu Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.



Bertemu bersama Berita Harian, penyanyi setempat Aisyah Aziz, 27 tahun, memberitahu wartawan bahawa oleh kerana bersemangat dan terdorong untuk menghasilkan lagu baru, beliau telah bekerjasama dengan rakan karibnya untuk menggubah lagu itu dalam sehari sahaja.



Penulis lirik bersama, Encik Harun Amirrul Rasyid Mohamed, 23 tahun, yang lebih dikenali dengan nama penanya RHAUN, juga telah menyumbangkan senikata mengenai tema itu dari perspektifnya yang tersendiri.



"Lagu ini, pada kami, senang menggubahnya kerana kami menulis apa yang kami rasakan, kami meluahkan apa yang ingin kami katakan, terutama juga kerana kami ghairah untuk menulis lagu bersama," ujar Aisyah, yang telah menciptakan lagu itu pada akhir September tahun lalu.



Aisyah kemudian menjelaskan bahawa sumbangan Harun lebih kepada lirik lagu, manakala beliau menyumbang lebih kepada melodi lagu tersebut.



"Saya sangat beruntung dapat bekerjasama dengan Harun kerana beliau sungguh berbakat," ujar finalis di pentas program realiti Akademi Fantasia pada 2013.



Spirits Anew adalah antara tiga lagu asli NDP yang terpilih pada tahun ini.



Ini merupakan kali ketiga Aisyah terlibat dalam NDP, namun ini adalah kali pertama beliau dapat menyanyikan lagu ciptaannya sendiri di pentas terapung itu ketika sambutan NDP.



"Dengan peluang ini, saya harap penduduk Singapura akan menyokong dan mendengar lebih banyak lagu ciptaan penyanyi setempat.



"Itulah cara terbaik untuk kami mengiktirafkan artis tempatan, berbanding jika hanya mendengar artis dari negara lain," katanya.



Mengulas mengenai mengapa beliau memilih tema "semangat yang baru" dalam lagunya, Aisyah berkata:



"Semasa pandemik ini, saya rasa semua orang memerlukan semangat yang baru supaya dapat mengatasi kepenatan dan kesukaran akibat kesan pandemik ini."



"Dengan lagu ini, saya ingin pendengar mengumpulkan semangat dan kekuatan untuk menempuh segala cabaran yang dihadapi," ujari Aisyah.



Apabila ditanya apakah mesej utama yang ingin beliau sampaikan kepada pendengar, Aisyah menjawab:



"Saya ingin lagu ini mempengaruhi kebaikan antara satu sama lain. Bersikap baik sesama sendiri adalah satu tindakan yang murni.



"Saya rasa senang jika saya bersikap baik terhadap orang lain, dan juga apabila orang bersikap sedemikian kepada saya. Bersikap baik juga tidak perlu bayaran dan tidak salah untuk berkelakuan begitu."



Tambahnya, lagu ini lebih bermakna baginya kerana dalam keadaan yang suram ini, beliau tahu beliau tidak keseorangan.



"Ketika pandemik ini, ramai yang mempunyai masalah tersendiri, termasuk saya juga. Namun, mengetahui yang saya tidak keseorangan, saya berasa tenang.



"Jadi, saya ingin mereka yang mendengar lagu ini akan berasa tenang juga, kerana apabila kami mencipta lagu ini, kami dalam keadaan yang tenang dan aman.



"Lagu ini menggalak pendengar untuk mendengar suara dalaman, mencari ketenangan dalam kekecohan keadaan sekarang," jelas beliau.



Meluahkan harapan untuk menghasilkan lagu Melayu bagi sambutan NDP pada masa hadapan, Aisyah berkata beliau berhasrat untuk menghasilkan lagu Melayu yang baru untuk NDP ataupun untuk menterjemahkan lirik lagu Spirits Anew ini kepada bahasa Melayu.




"Semasa pandemik ini, saya rasa semua orang memerlukan semangat yang baru supaya dapat mengatasi kepenatan dan kesukaran akibat kesan pandemik ini.

Dengan lagu ini, saya ingin pendengar mengumpulkan semangat dan kekuatan untuk menempuh segala cabaran yang dihadapi."

- Aisyah Aziz.




NDP 2021



Tonton NDP di kediaman anda dengan selesa di laman ini:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >