Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MAJLIS ANUGERAH BIASISWA A*STAR

Semangat dalam bidang sains, teknologi raih biasiswa pengajian PhD

Aug 06, 2022 | 05:30 AM



DENGAN keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'A' yang dianggapnya "teruk", Encik Hamzah Kamaruddin, berkata ia suatu "keajaiban" beliau diterima masuk ke Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Dengan gred dua D, satu C dan satu B pada sijil keputusan GCE 'A' nya, bekas pelajar Maktab Rendah Pioneer dan Sekolah Menengah Kranji itu cuba nasib memohon bagi mengikuti kursus Sains Bahan dan Kejuruteraan yang ditawarkan NTU.



Mujur beliau diterima.



Malah, siapa sangka sebagai pelajar yang tidak pernah terlalu meminati apa yang dipelajarinya di sekolah, Encik Hamzah, 25 tahun, menemukan kesukaan yang teramat dalam apa yang dipelajarinya di universiti.



"Saya suka belajar tentang bahan-bahan sepanjang pengalaman saya di uni, sebelum itu saya tidak begitu meminati bidang akademik, tetapi saya benar-benar suka apa yang diajarkan di universiti," katanya.



Memberi contoh, beliau berkata, orang awam mungkin tidak tahu apa yang membuat telefon bijak berfungsi, tetapi dengan mempelajari tentang sains bahan, mereka akan mendalami proses dan sifat bahan yang digunakan.



"Pada saya, mempelajari perkara sedemikian sangat menarik kerana kita dapat melihat bagaimana banyak benda dapat berhubung dengan satu sama lain," jelasnya, sambil menambah beliau paling suka belajar tentang logam dan seramik.



Bahkan, menyedari bahawa sisa logam menimbulkan cabaran kepada kemampanan global, Encik Hamzah telah melakukan penyelidikan dalam percetakan 3D dan metalurgi (cara sains digunakan untuk penghasilan logam dan kejuruteraan komponen logam), yang akan membawa kepada pengurangan sisa tersebut dengan pembangunan bahagian mekanikal logam yang lebih tahan lama.



Semasa di NTU, beliau memohon peluang menjalani latihan amali (internship) di Pusat Pembuatan Semula Termaju dan Teknologi Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) (ARTC), di mana beliau berjaya membuktikan terdapat kemungkinan mengelakkan masalah keretakan pada bahan komposit yang digunakan dalam percetakan 3D.



Lulus dengan kepujian tertinggi dalam Sains Bahan dan Kejuruteraan dari NTU, beliau akan melanjutkan pengajiannya ke peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang dan universiti yang sama pula mulai minggu depan.



Ini bakal dilakukan dengan Biasiswa Graduan A*Star 2022 yang diterimanya.



Melahirkan rasa sangat bersyukur dan gembira dianugerahkan biasiswa berprestij itu, anak muda yang penuh kematangan itu berkata, beliau menganggapnya satu tanggungjawab juga.



"Saya sangat bersyukur dan gembira tapi pada masa yang sama saya rasa ia merupakan satu tanggungjawab apabila kita menerima rezeki sebegini.



"Saya fikir ia merupakan kewajipan saya juga untuk cuba menarik orang lain ke dalam sektor sains dan teknologi, untuk menggalakkan lebih-lebih lagi orang Melayu/Islam kita, untuk meneroka bidang ini," ujar beliau.



Anak tunggal kepada pensyarah kanan, Cik Selina Mohammad Kassim, 55 tahun, dan Encik Kamaruddin Mohamad Said, 58 tahun, seorang pegawai pemasaran, itu juga melahirkan rasa terima kasihnya terhadap orang tuanya yang sejak dahulu menekankan kepentingan pendidikan.



"Mereka banyak memainkan peranan dalam apa yang telah saya capai hari ini kerana ini semua sangat berkaitan dengan cara mereka besarkan saya," ujar Encik Hamzah.




"Saya sangat bersyukur dan gembira tapi pada masa yang sama saya rasa ia merupakan satu tanggungjawab apabila kita menerima rezeki sebegini.

Saya fikir ia merupakan kewajipan saya juga untuk cuba menarik orang lain ke dalam sektor sains dan teknologi, untuk menggalakkan lebih-lebih lagi orang Melayu/Islam kita, untuk meneroka bidang ini."

- Encik Hamzah Kamaruddin, 25 tahun, penerima Biasiswa Graduan A*Star 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >