Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

RENUNGAN JUMAAT

Semangat gotong-royong tetap kukuh di Masjid Alkaff Kampung Melayu

Oct 08, 2021 | 05:30 AM



MASJID Alkaff Kampung Melayu mula beroperasi sejak 1932 lagi, namun misi gotong-royong dan saling membantu masyarakat Islam setempat tetap kukuh, dan menebal hingga ke hari ini.



Pada asalnya, masjid ini terletak di Jalan Abdul Manan berdekatan Kaki Bukit, sebelum berpindah ke premis sekarang yang terletak di Bedok Reservoir Road pada 1994, sesuai bagi mengikuti arus pembangunan.



Kali terakhir masjid ini menjalani kerja-kerja naik taraf adalah pada tahun 2004, namun demi untuk memenuhi keperluan semasa dan menangani jemaah yang telah berusia atau warga emas, Masjid tersebut telah dipilih dalam proses Program Peningkatan Masjid Fasa-3 dan bakal menjalani kerja-kerja peningkatan tidak lama lagi.



Walaupun demikian, masjid ini tetap menjalankan aktiviti amal dan terus membantu warga yang memerlukan di persekitarannya.



Menurut Pengerusi Masjid Alkaff Kampung Melayu, Encik Mohamed Faizul Othman, hampir 25 peratus jemaah mereka merupakan warga senja dan 15 peratus adalah golongan belia.



Manakala, bantuan yang diberikan kepada hampir 50 isi rumah secara bulanan bagi fakir miskin, juga tetap dijalankan seperti biasa.



Beliau berkata, masjid ini adalah antara masjid yang akan dinaik taraf di kawasan kelompok timur di mana antara lain, mereka memerlukan sebuah lif untuk memudahkan para jemaah untuk sampai ke lantai di atas, khususnya bagi warga yang mempunyai masalah kesihatan.



Encik Faizul juga akur, meskipun Covid-19 'sedikit menjejas' program dan aktiviti masjid, namun pasukannya tetap turun padang dan menyingsing lengan demi untuk meneruskan usaha murni mereka.



Malahan, kelas-kelas dakwah ada yang perlu dilakukan secara alam maya atau masih ada secara fizikal.



Namun pihak masjid tetap mengutamakan keselamatan para jemaah, dan memastikan hanya mereka yang sudah divaksin dibenarkan untuk bersolat berjemaah atau mengikuti program yang dianjurkan secara fizikal di masjid tersebut.



"Secara lazimnya, memang masjid ini memerlukan peningkatan memandangkan ramai jemaah kami merupakan warga emas dan juga mantan penduduk kampung di sini. Saya diberitahu, kami juga mempunyai ramai jemaah yang terus menyokong masjid ini sejak 30 tahun dahulu.



"Manakala warga memerlukan di kawasan ini juga agak kecil kerana di kawasan ini, kami hanya ada satu blok sahaja untuk penghuni flat sewa. Namun begitu, kami tetap menjalankan kegiatan atau projek bagi memenuhi bantuan kepada warga memerlukan ini. Yang terkini, kami juga akan mengadakan habuan tambahan, dua tahun sekali kepada warga tersebut tidak lama lagi," kata Encik Faizul, pemilik syarikat latihan dan kemahiran kepada Berita Harian.



Beliau juga menambah, ada juga kelas-kelas dakwah yang perlu diadakan secara dalam talian, kerana perlu menitikberatkan keselamatan dan kebersihan masjid.



"Oleh disebabkan pandemik Covid-19, banyak program dan aktiviti agak terjejas dan berubah. Laluan untuk masuk ke masjid juga harus memenuhi piawaian keselamatan yang telah ditetapkan oleh pemerintah. Masjid itu berusaha untuk memenuhi piawaian ini bagi menjaga kemaslahatan, dan keselamatan para jemaah, sukarelawan dan warga kerja kami," jelas Encik Faizul.



INGIN TARIK PELAPIS MUDA DAN KARYAWAN



Menurut Encik Faizul, 47 tahun, sesiapa sahaja boleh berbakti dan menghulurkan tenaga dan keringat mereka kepada masjid.



Namun beliau berhasrat untuk melihat lebih ramai lagi warga muda dan berkelayakan profesional yang akan tampil ke hadapan dan tidak malu untuk memakmurkan dan melestarikan masjid di sini.



Beliau berharap masjid Masjid Alkaff Kampung Melayu mampu mendekati masyarakat Islam setempat dengan program-program bukan hanya ke arah keagamaan, tetapi aktiviti yang mampu menarik minat semua pihak.



"Matlamat kami di Masjid Alkaff Kampung Melayu ialah apabila siap dinaik taraf, kami akan menjadi sebuah masjid yang bukan sahaja boleh berkhidmat kepada masyarakat di kawasan Bedok Reservoir, tetapi juga masyarakat Singapura secara amnya. Masjid ini juga bukan hanya akan menjadi satu institusi ibadah malah kami akan mengorak langkah untuk mendekati masyarakat setempat dan bukan sahaja menawarkan aktiviti-aktiviti keagamaan, tetapi bagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan juga."



"Di samping itu, saya juga amat mengalukan-alukan kerja-kerja sukarelawan, khususnya dari para belia kita. Saya yakin para belia, atau karyawan muda kita ini masih boleh berbakti kepada masyarakat atau masjid setempat, kerana mereka adalah pelapis, pemimpin masa depan kita. Mereka ini boleh membentuk masjid, mungkin dengan wawasan dan inspirasi yang lebih gah lagi," tambahnya.




"Secara lazimnya, memang masjid ini memerlukan peningkatan memandangkan ramai jemaah kami merupakan warga emas dan juga mantan penduduk kampung di sini. Saya diberitahu, kami juga mempunyai ramai jemaah yang terus menyokong masjid ini sejak 30 tahun dahulu. Manakala warga memerlukan di kawasan ini juga agak kecil kerana di kawasan ini, kami hanya ada satu blok sahaja untuk penghuni flat sewa. Namun begitu, kami tetap menjalankan kegiatan atau projek bagi memenuhi bantuan kepada warga memerlukan ini."
- Pengerusi Masjid Alkaff Kampung Melayu, Encik Mohamed Faizul Othman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >