Semangat kampung serikan penyalaan lampu hiasan Geylang Serai , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
7:02
Zuhur
1:09
Asar
4:34
Maghrib
7:13
Isyak
8:29

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Semangat kampung serikan penyalaan lampu hiasan Geylang Serai

May 01, 2019 | 05:30 AM

MULAI Jumaat ini hingga 16 Jun, pengunjung kawasan Geylang Serai bakal 'disambut' hiasan dan cahaya lampu berwarna-warni sepanjang 1.8 kilometer.

Hiasan yang antara lain memaparkan seni dan budaya masyarakat Melayu/Islam seperti masjid, kampung, batik bunga, rama-rama, bulan sabit dan bintang, akan mewarnai Sims Avenue, Geylang Road dan Changi Road.

Bertemakan Meraikan Semangat Kampung, acara Penyalaan Lampu Hari Raya (HRLU) tahun ini, yang juga bakal memaparkan 50 arca lampu, bakal dilancarkan Presiden Halimah Yacob Jumaat ini.

Perincian HRLU 2019 dikongsikan Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Dr Fatimah Lateef, dalam sidang media di Wisma Geylang Serai (WGS) kelmarin.

Katanya, tema tersebut malar segar dan mencerminkan budaya berbilang kaum di Singapura.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Tema tahun ini dipilih setiap tahun kerana kami mahu menerapkan semangat penting bergotong-royong sewaktu hidup di zaman perkampungan.

"Oleh sebab itu, setiap Ramadan, kami mahu memperkukuh semangat ini dalam kalangan anggota masyarakat berbilang kaum di sini," katanya.

Antara hiasan menarik tahun ini ialah dua gerbang utama yang akan 'menyambut' pengunjung kawasan tersebut.

Arca gerbang utama dipasang setinggi 15.4 meter dari paras tanah dan selebar 23 meter.

Hiasan itu memaparkan struktur tiga dimensi (3D), dengan reka bentuk masjid kubah emas di Sims Avenue. Hiasan persis rumah kampung pula dipasang di Changi Road.

Menurut Dr Fatimah, dua gerbang utama itu membawa maksud tersendiri.

Misalnya, masjid melambangkan ciri penting dalam agama Islam serta permulaan baru dalam mengekalkan jalinan persahabatan dan kekeluargaan.

"Kami mahu membuat orang ramai yang datang ke daerah Geylang Serai ini rasa macam mereka dialu-alukan datang seperti masuk ke dalam masjid.

"Masjid tempat keagamaan di mana kita menyambut semua orang dari pelbagai bangsa untuk datang bersama kita, jadi konsep ini penting," ujarnya.

Di kawasan pentas utama WGS, pengunjung boleh menikmati hiasan lampu sampingan.

Sejajar Ramadan, bulan yang mana umat Islam digalak bermuhasabah diri, terdapat juga pameran berkonsep seni kaleidoskop berwarna-warni berbentuk bintang.

Dalamannya dihiasi cermin dan menanti pengunjung di Onan Road.

"Ramadan bulan kita merenung dan bermuhasabah, jadi kita tahu apakah perjalanan dan apa yang kita mahukan dalam kehidupan.

"Oleh sebab itu, kami berharap pengunjung yang melawat pameran seni itu meraih pengalaman seperti ini, yakni pembelajaran berteraskan pengalaman," ujarnya.

Bazar Geylang Serai juga akan membuka pintu kepada orang ramai lusa.

Bazar yang terletak sepanjang WGS, Jalan Geylang dan Jalan Engku Aman akan mempunyai sebanyak 500 gerai.

Gerai tersebut menjual makanan tradisional Melayu, aksesori dan perhiasan rumah.

Penganjur merancang mengadakan beberapa acara bagi menggalak pemahaman lebih mendalam tentang amalan serta budaya masyarakat Melayu/Islam di sini seperti acara berbuka puasa bersama.

Selain itu, selaras peranannya sebagai hab warisan sosial dan budaya, WGS akan menawarkan ruang masyarakat yang membolehkan keluarga dan kumpulan rakan duduk berbuka puasa bersama.


TENTANG PENYALAAN LAMPU HARI RAYA (HRLU)

JARAK HRLU 2019: Sejauh 1.8 kilometer sepanjang Changi Road, Geylang Road dan Sims Avenue

BILANGAN GERBANG: Dua gerbang utama papar hiasan struktur masjid dan rumah kampung; dipasang setinggi 15.4 meter dari paras tanah dan selebar 23 meter

BILANGAN ARCA LAMPU: 50

HIASAN LAIN: Corak, lakaran berkait rapat dengan budaya masyarakat Melayu/Islam seperti batik, bunga, rama-rama, gendang, bulan sabit dan bintang

PAMERAN SENI: Pameran seni kaleidoskop berwarna-warni dan berbentuk bintang akan dipasang di Onan Road

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map