Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semangat kesingapuraan kunci warga bangkit daripada Covid-19: Presiden Halimah

Amanat jelang Hari Kebangsaan antara lain sanjung budi pekerja barisan depan
Aug 07, 2021 | 08:43 PM



SINGAPURA dapat membangunkan negara berdaya tahan daripada Covid-19 jika rakyat dapat terus bekerjasama dan bersatu dengan semangat kesingapuraan.



Dalam amanatnya menjelang Hari Kebangsaan, Presiden Halimah Yacob berkata meskipun pandemik Covid-19 belum berakhir dengan wujudnya varian Delta yang masih berleluasa, Singapura telah menunjukkan kemajuan yang baik dalam usaha vaksinasi rakyat.



Sekitar 67 peratus penduduk Singapura telah pun mendapat dua dos suntikan vaksin Covid-19 dan beliau menggalak mereka yang belum berbuat demikian, untuk melakukannya dengan segera.



“Saya menggalak rakyat Singapura yang belum menda pat vaksin, terutama warga emas, untuk mendapat suntikan vaksin dengan segera. Ia akan membantu kita, dan pada masa sama menyelamatkan masyarakat,’’ kata Puan Halimah dalam amanat yang dikeluarkan di media sosial pada Sabtu (7 Ogos).



Singapura bakal menyambut Hari Kebangsaan yang ke-56 pada Isnin (9 Ogos).



Pada Jumaat , Menteri Kesihatan Ong Ye Kung menyatakan lebih 70 peratus penduduk Singapura dijangka menerima dua dos suntikan Covid-19 menjelang Hari Kebangsaan.



Dalam setiap Hari Kebangsaan, Puan Halimah berkata ia adalah wajar bagi rakyat merenungkan apa sebenarnya maksud menjadi rakyat Singapura dan apa yang membawa negara ini ke tahap sehingga hari ini.



“Tahun ini, ia juga adalah masa untuk kita menghargai dan memberi hormat kepada pekerja barisan hadapan kita yang berada di barisan hadapan dalam memerangi wabak Covid-19 selama 18 bulan lalu, serta ramai rakyat Singapura dari semua lapisan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri untuk menolong orang lain yang memerlukan,’’ tambahnya.



Pada Jumaat, pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi Covid-19 mengumumkan kelonggaran terhadap sekatan Covid-19 sebanyak dua tahap bagi beberapa minggu mendatang.



“Ia amat penting agar kita tidak menjadikan Covid-19 menguasai kehidupan kita. Kita perlu menyesuaikan dan mencari jalan bagi menguruskan penyakit ini dan melindungi negara kita dengan lebih baik,’’ katanya.



Beliau menggalak rakyat Singapura untuk bersatu bagi memerangi cabaran ini bagi membangunkan sebuah negara yang berdaya tahan.



“Marilah kita bersatu sebagai sebuah negara, mengharungi ribut ini, dan memastikan bendera Singapura tetap berkibar tinggi. Saya yakin jika kita terus bekerja sama dengan satu semangat Singapura, kita dapat membina negara yang berdaya tahan dari Covid-19,’’ ujar Puan Halimah.



Beliau mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-56 kepada semua rakyat Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >