Semangat mahu maju, saling bantu jadi kayu ukur pencapaian Singapura
Mar 16, 2019 | 05:30 AM
PERDANA Menteri Lee Hsien Loong meluahkan harapannya agar Singapura terus menyemarakkan semangat mahu maju, memperbaiki diri dan membantu satu sama lain pada masa depan.
Itulah yang sewajarnya menjadi kayu ukur pencapaian negara ini dari segi sosial dan ekonomi pada hari muka, kata Encik Lee.