Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semangat memiliki Wisma Geylang Serai penting

Mar 25, 2018 | 05:30 AM



PENTING bagi masyarakat mempunyai 'semangat memiliki' dalam proses pembangunan Wisma Geylang Serai (WGS), tekan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.



Dr Maliki yang juga ditugaskan menerajui dan menyelaraskan projek WGS berkata beliau alu-alukan malah menggalak lebih banyak penglibatan masyarakat dalam aktiviti WGS kerana pusat integrasi itu merupakan milik masyarakat.



"Bagi saya, WGS tidak akan berjaya tanpa kehadiran masyarakat yang melibatkan diri dalam sebahagian proses kelahiran dan pelaksanaannya," ujarnya kepada Berita Minggu..



Oleh itu, beliau amat terharu melihat sambutan yang begitu menggalakkan daripada masyarakat setempat dalam pengundian logo WGS kegemaran mereka.



Selepas dua minggu memperkenalkan proses undian dalam talian di Facebook WGS, lebih 4,000 undian diterima.



Orang ramai berpeluang memilih satu antara empat logo WGS hingga 1 April ini.



Selain mendekati masyarakat dalam talian, sesi meraih maklum balas secara orang perseorangan di sekitar kawasan Joo Chiat Complex juga telah diadakan setiap hujung minggu. Ia diteruskan hingga minggu depan.



Semalam, Dr Maliki yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, telah sama-sama 'turun padang' bagi mengajak orang ramai mengundi logo WGS kegemaran mereka.



Kata Dr Maliki, usaha itu merupakan satu lagi wadah menarik masyarakat terlibat sama dalam proses membangun hab masyarakat yang dinanti-nanti.



Menyentuh tentang apa yang boleh dijangkakan orang ramai apabila WGS dibuka menjelang Ramadan kelak, Dr Maliki berkata bazar Ramadan akan menambah semarak di pusat itu.



Buat masa ini, pihaknya masih lagi dalam proses perancangan jumlah gerai bazar yang mampu dimuatkan dalam pusat tersebut.



"Tetapi yang pasti, ia akan menggabungkan pelbagai jenis gerai yang menjual bermacam jenis barangan. Apa yang kita mahu ialah pengunjung dapat menikmati pengalaman yang menyeronokkan apabila berkunjung ke WGS," katanya lagi.



Beliau juga mengalu-alukan idea dan saranan orang ramai mengenai kegiatan berkaitan masyarakat Melayu yang ingin mereka lihat atau laksanakan di WGS agar ia dapat terus menyemarakkan suasana di hab bersepadu itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >