Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semangat rahmah masyarakat Islam terus menyerlah

Muis dedah perangkaan sumbangan menerusi OurMasjid.SG, inisiatif SGUnited Buka Puasa selain beri penghargaan kepada 12 individu dalam acara anugerah di Istana
Dec 13, 2020 | 05:30 AM



MESKIPUN pandemik Covid-19 telah menimbulkan pelbagai cabaran, semangat rahmah masyarakat Islam di Singapura terus menyerlah, dengan $4.3 juta berjaya dikumpulkan sejak April lalu menerusi laman OurMasjid.SG demi membantu masjid setempat semasa waktu sukar ini.



Di samping itu, $3.4 juta turut dikumpulkan hasil derma dalam talian dan sumbangan masjid bagi inisiatif SGUnited Buka Puasa untuk menghantarkan makanan buka puasa kepada penerima zakat dan pekerja barisan depan menikmati bersama keluarga mereka.



Mengongsi perangkaan tersebut dalam ucapannya semasa acara Anugerah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di Istana semalam, Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood, berkata:



"Ia sememangnya tahun yang mencabar bagi masyarakat. Pandemik ini telah mengganggu pelbagai aspek kehidupan sosio-agama kita.



"Kita telah membuat pelbagai perubahan dan penyesuaian, dari waktu tempoh pemutus litar hingga ke penyambungan semula perkhidmatan secara berperingkat. Namun dalam semua ini, semangat rahmah, kasih sayang, tetap kuat dalam masyarakat kita," kata beliau.



Majlis anugerah itu tahun ini menyaksikan 12 individu daripada pelbagai latar belakang menerima anugerah tertinggi Muis.



Ini termasuk mereka yang telah berkhidmat selama bertahun-tahun lamanya di peringkat atasan dalam institusi masyarakat utama hingga ke mereka yang bekerja bertungkus-lumus dalam masyarakat, seperti kaunselor agama yang bekerjasama dengan banduan dan seorang ustazah yang aktif dalam Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).



Terdapat dua kategori anugerah - Anugerah Jasa Cemerlang bagi individu yang telah memberikan sumbangan sepanjang hayat yang cemerlang dan istimewa, dan Anugerah Jasa Bakti bagi beberapa individu atas perkhidmatan lama mereka kepada masyarakat.



Majlis Anugerah Muis itu turut dihadiri Presiden Halimah Yacob, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dan Mufti, Dr Nazirudin Mohd Nasir.



Dalam ucapannya di acara itu, Encik Esa berkata para penerima anugerah itu melambangkan semangat kebaikan dan rahmah masyarakat Islam kepada orang lain.



"Dengan menunjukkan keperibadian dalam nilai-nilai yang mereka paparkan, kecekapan dalam perbuatan mereka, dan kewarganegaraan dalam perkhidmatan mereka kepada masyarakat, mereka bukan hanya menunjukkan bahawa kita dapat memberikan sumbangan, malah masyarakat Islam layak menjadi masyarakat gemilang," kata beliau.



Laporan lanjut: Tetapkan kecemerlangan sebagai tanda aras kemajuan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >