MESKI Hari Raya diraikan di tengah-tengah pandemik dengan sekatan ketat perlu dilaksanakan, beberapa pihak yang dihubungi Berita Harian menyatakan ada banyak yang perlu disyukuri tahun ini.
Daripada perniagaan yang lebih baik tahun ini berbanding tahun lalu, hinggalah bulan Ramadan yang lebih bermakna dengan pembukaan masjid walaupun dengan garis panduan jarak selamat yang lebih ketat, masyarakat Melayu/Islam di sini lebih bersemangat untuk menyambut Raya tahun ini.