Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

Sembcorp lancar dana bantu pekerja khidmat penting, pekerja asing dan kebajikan lebih kecil

Sep 21, 2020 | 11:41 AM

 

Pekerja khidmat penting di Singapura - khidmat pembersihan dan pembuangan sampah, serta bekalan tenaga dan air - masing-masing akan menerima wang tunai $200.

Ini adalah untuk menunjukkan penghargaan kepada pekerja sedemikian yang telah memastikan Singapura terus beroperasi dalam pandemik Covid-19, kata Sembcorp Industries.

Syarikat itu sedang bekerjasama dengan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) untuk memberikan $500,000 kepada sekitar 2,500 anggota kesatuan yang layak.

Usaha ini sebahagian suntikan dana awal $1.5 juta untuk memberikan bantuan kepada pekerja asing dan kebajikan, serta sebagai tanda penghargaan kepada pekerja khidmat penting.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian