'Semberani' Laluan Downtown

Laluan Downtown (DTL) merupakan yang terbaru dalam rangkaian kereta api MRT Singapura. Fasa pertama dan kedua DTL masing-masing dilancarkan pada 2013 dan 2015. Laluan ini antara lain menghubungkan penumpang dari Bukit Panjang ke kawasan bandar dalam masa kurang setengah jam. Fasa ketiga pula bakal dibuka tahun ini dan apabila siap kelak, penumpang boleh menjangkakan perjalanan lebih cepat dari stesen Bukit Panjang ke stesen Expo dengan merentasi kawasan Bukit Timah dan bandar menggunakan satu laluan sahaja tanpa perlu bertukar kepada laluan lain. ERVINA MOHD JAMIL (ervinamj@sph.com.sg) mengajak anda menjelajah tempat menarik, termasuk ruang riadah, tempat makan dan pusat beli-belah, yang terletak tidak jauh dari setiap stesen di sepanjang DTL. Minggu ini, hentian kami ialah Cashew dan Hillview.

SAMA ada berkunjung ke kem tentera yang jauh dari jalan raya utama ataupun ke tempat menarik bagi merakam gambar yang sesuai untuk dimuat naik ke dalam Instagram, orang ramai kini boleh pergi ke tempat itu dengan mudah dan cepat melalui Laluan Downtown (DTL).

Laluan MRT terkini dalam rangkaian sistem kereta api Singapura itu menghubungkan penumpang dari Bukit Panjang ke bandar dalam masa yang singkat, dengan merentasi kawasan Bukit Timah.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto