Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semboyan Sistem Amaran Awam dibunyikan pada Khamis

Sep 14, 2016 | 11:25 AM



PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan membunyikan isyarat "pesanan penting" Sistem Amaran Awam ke seluruh pulau pada Khamis (15 Sep), pada 12.05 tengah hari.



Latihan membunyikan semboyan amaran itu akan berlangsung satu minit.



Orang ramai dinasihatkan usah panik, ujar SCDF dalam satu kenyataan pada Rabu (14 Sep). Apabila isyarat itu dibunyikan, orang ramai boleh mendengar sembarang stesen radio tempatan untuk mesej ringkas mengenai Sistem Amaran Awam.



Latihan itu dan siaran radio tersebut diadakan setiap tahun. Ia sebahagian daripada usaha SCDF membiasakan orang ramai dengan isyarat Sistem Amaran Awam dan meningkatkan kesedaran mengenai cara orang ramai harus bertindak apabila mendengarnya.



Maklumat lanjut mengenai isyarat Sistem Amaran Awam dan prosedur kecemasan lain diboleh didapatkan di laman web SCDF di www.scdf.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >