Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seminar kongsi tip galak anak fasih berwibahasa

Jan 24, 2021 | 05:30 AM



USAHA menggalakkan penggunaan dwibahasa di kalangan anak-anak kecil hari ini mungkin suatu yang bertambah sukar.



Apakan tidak, ramai kanak-kanak hari ini lebih terdedah kepada penggunaan bahasa Inggeris - semasa di sekolah, ketika menonton televisyen, ketika menggunakan alat teknologi untuk bermain permainan, malah di rumah, ketika berinteraksi dengan ibu bapa.



Yang lebih 'menyukarkan' keadaan, ramai ibu bapa muda hari ini, walau akur akan kepentingan berdwibahasa, mendapati agak mencabar untuk menggalakkan anak-anak kecil mereka menggunakan dua bahasa (atau lebih) dengan fasih kerana mereka sendiri lebih selesa berbahasa Inggeris.



Demi membantu lebih ramai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih dalam prasekolah membimbing anak mereka menjadi pengguna dwibahasa yang baik, Berita Harian (BH) dan Yayasan Mendaki akan menganjurkan dua webinar berkaitan topik tersebut.



Webinar pertama 'Mendidik Anak Berdwibahasa', akan berlangsung pada Ahad, 7 Februari ini.



Panel pakar dalam webinar itu, Pensyarah di Institut Pendidikan Awal Kanak-kanak (NIEC), Dr Raudhah Yahya, dan Profesor Madya Roksana Bibi Abdullah dari Bahasa dan Budaya Asia, Institut Pendidikan Nasional (NIE), akan membincangkan kepentingan kemahiran dwibahasa dalam pembangunan holistik anak-anak.



Mereka juga bakal berkongsi strategi yang boleh membantu ibu bapa memainkan peranan di rumah untuk menggalakkan penggunaan dwibahasa.



Webinar tersebut, yang akan dikendalikan dalam bahasa Inggeris, diadakan secara percuma melalui wadah Zoom.



Mereka yang berminat hanya perlu mendaftar dengan melungsuri bit.ly/BHDwibahasa atau mengimbas kod QR yang tertera (dalam gambar).



Bahagian kedua webinar anjuran BH dan Yayasan Mendaki ini, yang bakal diadakan pada Rabu, 24 Februari 2021, dikhususkan kepada para pendidik prasekolah pula.



Maklumat lanjut akan diumumkan kelak.



Kedua-dua webinar tersebut dianjurkan dengan kerjasama NIE, NIEC dan Perikatan Karyawan Prasekolah Mendaki (MAPP), dengan sokongan Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >