Seminar peluang timba ilmu jaga kesihatan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Seminar peluang timba ilmu jaga kesihatan

Oct 09, 2018 | 05:30 AM

DARIPADA ekzema, batuk, gout hinggalah alahan, pelbagai jenis soalan telah diajukan peserta yang menghadiri Seminar Kesihatan Berita Harian-Hospital Raffles Sabtu lalu.

Soalan-soalan tersebut ditujukan kepada panel empat doktor dari Hospital Raffles - Dr Chong Yong Yeow, Dr Tan Siew Kiang dan Dr Anthony Foo, serta pakar fisioterapi kanan, Cik Nur Faradyna Putri Kamarudin dalam sesi soal jawab pada hujung seminar.

Seminar anjuran bersama akhbar ini dan Hospital Raffles itu diadakan di Auditorium Singapore Press Holdings Sabtu lalu,

Ia bertujuan membantu orang ramai memahami keadaan kesihatan mereka serta menyediakan peluang membincangkan pelbagai penyakit dan masalah kesihatan.

Dr Chong merupakan pakar dalam perubatan dalaman dan reumatologi, Dr Tan merupakan pakar perubatan dalam dermatologi sementara Dr Foo pula pakar perubatan dalam pembedahan ortopedik.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Seorang lagi doktor yang hadir memberi ceramah semasa seminar tersebut ialah Dr Nur Farhan Mohammad Alami, pakar perubatan geriatrik.

Antara soalan yang diajukan peserta termasuk yang berkaitan ekzema dan alahan gatal-gatal atau hives.

"Hives dan ekzema bukan perkara yang sama meskipun kededua masalah tersebut lebih biasa dialami mereka yang mempunyai atopi," jelas Dr Tan.

Atopi adalah kecenderungan seseorang yang mudah mendapat asma, ekzema dan urtikaria.

Urtikaria ialah tindak balas alergi pada kulit yang ditandai dengan letusan bintat merah yang gatal

"Dalam sebuah keluarga yang mempunyai atopi, seseorang mungkin mempunyai semput, ekzema, rinitis (radang pada membran mukus hidung), sinusitis dan hives.

"Hives merupakan ruam yang kelihatan seperti gigitan nyamuk dan ia datang dan pergi.

"Selalunya seseorang itu akan rasa gatal-gatal dan ia akan hilang dalam masa beberapa minit hingga beberapa jam," terang Dr Tan.

Mereka yang mengalami hives selalunya tidak memerlukan krim namun kadang akan diberikan ubat makan.

Selain itu, peserta juga mengajukan soalan tentang gout - sama ada penyakit tersebut boleh disembuhkan atau tidak.

Menjawab soalan tersebut dalam Bahasa Melayu, Dr Chong berkata:

"Kalau kencing manis boleh 'gostan'... gout tentu boleh 'gostan'.

"Kalau kadar asid urik kurang daripada 6.5 atau lebih kurang lagi iaitu 3 miligram setiap desiliter, tentunya tidak ada kesan gout lagi.

"Tapi untuk diturunkan kepada tahap itu, mungkin sukar.

"Kadang ada isu genetik, kadang seseorang itu gemuk dan sukar nak turunkan berat badan atau tabiat makan (sukar diubah).

"Namun, (gout) boleh diterbalikkan dan disembuhkan."

Dihadiri sekitar 100 peserta, seminar kesihatan itu berlangsung selama empat jam.

Sebelum sesi soal jawab tersebut yang mengambil masa kira-kira sejam, peserta mendengar ceramah yang disampaikan kelima-lima pakar merentasi pelbagai topik.

Ini termasuk mengurus penyakit kronik, masalah gout dan keradangan sendi, ekzema serta memahami sakit-sakit tangan, leher dan belakang.

Peserta bukan sahaja mendapat ilmu dan pengetahuan perubatan yang bermanfaat, mereka juga mempelajari tip praktikal yang boleh dilakukan dengan mudah untuk mengatasi masalah yang mungkin mereka hadapi itu.

Misalnya, semasa ceramah beliau, Cik Nur Faradyna menunjukkan cara melakukan senaman untuk meregangkan otot yang kaku termasuk di bahagian leher, tangan dan punggung.

Ditemui di akhir seminar tersebut, Cik Halimah Ibrahim Anggulia, 67 tahun, berkata:

"Saya datang sebab nak dengar tentang pelbagai penyakit, maklum, kita dah di usia senja.

"Doktor-doktornya pun bagus, peramah dan boleh berbahasa Melayu."

Seorang lagi peserta, Cik Habibah Nasir, 62 tahun, berkata beliau banyak meraih manfaat daripada menghadiri seminar tersebut.

"Alhamdulillah, ini satu pengalaman buat kita. Sekarang macam-macam penyakit, jadi sekurang-kurangnya kita tahu.

"Golongan pakar pun menyampaikan isi masing-masing dengan jelas dan baik, senang nak faham," katanya.

"Kalau kencing manis boleh 'gostan'... gout tentu boleh 'gostan'... Tapi untuk diturunkan kepada tahap itu (asid urik rendah), mungkin sukar. Kadang ada isu genetik, kadang seseorang itu gemuk dan sukar nak turunkan berat badan atau tabiat makan (sukar diubah). Namun, (gout) boleh diterbalikkan dan disembuhkan."
- Pakar dalam perubatan dalaman dan reumatologi, Dr Chong Yong Yeow.

"Saya datang sebab nak dengar tentang pelbagai penyakit, maklum, kita dah di usia senja. Doktor-doktornya pun bagus, peramah dan boleh berbahasa Melayu."
- Peserta seminar kesihatan, Cik Halimah Ibrahim Anggulia, 67 tahun.

"Hives merupakan ruam yang kelihatan seperti gigitan nyamuk dan ia datang dan pergi. Selalunya seseorang itu akan rasa gatal-gatal dan ia akan hilang dalam masa beberapa minit hingga beberapa jam."
- Pakar dermatologi, Dr Tan Siew Kiang.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map